saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 04/04/2008

Salah wanita terlampau ingin jadi cantik

Fakta menakutkan yang didedahkan oleh Presiden Pertubuhan Terapi Kecantikan Malaysia bahawa sekurang-kurangnya 15 kes dilaporkan setiap tahun membabitkan wanita yang bertukar wajah menjadi hodoh selepas menjalani rawatan di pusat kecantikan agak menginsafkan betapa susahnya menjadi cantik. Sebab itulah ramai yang reda dengan anugerah Tuhan, terima seadanya dan bersyukur!

Sebenarnya semua manusia secara fizikalnya dilahirkan cantik, cuma mereka menjadi hodoh apabila kecantikan itu tidak diterapikan dengan budi bahasa, sopan santun dan akhlak yang molek. Malangnya tidak ramai yang risaukan kehodohan ini walaupun ia nampak jelas dan nyata.

Kemunculan pelbagai produk dan jenama kecantikan yang berlambak kepada wanita negara ini adalah petanda bahawa pasaran di sini menjadi. Wanita sedaya upaya cuba menjaga kesihatan badan dan wajah agar sihat dan cantik. Ramai yang mencuba dan mereka terasa perubahannya, kalau tidak tentulah tidak ramai jutawan kosmetik.

Cuma masalahnya, ada yang tidak sabar menunggu dan melakukan pembedahan agar segera cantik. Inilah yang diambil peluang oleh sesetengah ‘pakar’ kecantikan untuk meyakinkan pengguna tentang kebolehan masing-masing.

Tidak cukup dengan produk yang dijual tanpa lesen, mengaku pula seorang doktor dan profesor kecantikan yang tidak pula dinyatakan dari universiti mana. Maka berlakulah pelbagai komplikasi dan kesan buruk yang menyebabkan pengguna menyesal seumur hidup.

Pelbagai jenis ubat-ubatan dan cairan yang ditawarkan untuk ‘memujuk’ pengguna walaupun pemilik pusat kecantikan tidak layak menjualnya. Ada pembekal yang mendakwa cecair maut, iaitu cecair vitamin C di kilang di beberapa negara Eropah termasuk Perancis dan Sepanyol. Produk berkenaan bukan saja dianggap sebagai agen pemutihan yang berkesan malah dikatakan mampu menegangkan kulit, melambatkan proses penuaan sekali gus menjadikan kulit awet muda.

Walaupun suntikan terbabit belum mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan namun, sebagaimana masyhurnya produk pengelupasan kulit yang mengandungi bahan pemutihan hydroquinon suatu ketika dulu, masih ada pengguna yang tidak menghiraukan keselamatan masing-masing.

Di Malaysia, memiliki produk tidak berdaftar untuk jualan atau bekalan adalah salah mengikut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun bagi kesalahan kedua dan berikutnya sekiranya sabit kesalahan.

Rang Undang-Undang Akta Kosmetik pula antara lain memerlukan pemilik pusat kecantikan yang tidak berkaitan dengan bidang perubatan supaya berdaftar dengan kementerian di samping menyelaraskan kriteria kelayakan untuk mereka yang mahu menjalankan pusat kecantikan.

Ini amatlah penting berdasarkan perkembangan industri kecantikan negara ini yang menjangkau 15 peratus setiap tahun. Malahan, pada tahun 2005 sahaja industri berkenaan mencatatkan perolehan pasaran sebanyak RM3.5 bilion. Sehingga kini, dianggarkan ada kira-kira lebih 20,000 spa, pusat kecantikan dan pusat pelangsingan yang beroperasi di negara ini.

Promosi ‘pelancongan kesihatan’ yang mengalu-alukan kedatangan pelancong asing ke negara ini untuk mendapatkan rawatan kecantikan tentunya tidak ke mana jika keadaan ini berlarutan. Adalah penting untuk memastikan apa-apa prosedur kecantikan dan pembedahan perlu mendapatkan kelulusan serta doktor atau pakar terapi hakikatnya perlu dilatih dan mahir untuk mengendalikan tugas tersebut.

Yang paling penting, pengguna perlu sayangkan wajah yang dianugerahkan Tuhan ini dan katakan ‘tidak’ kepada suntikan atau pembedahan untuk cantik melainkan kepada yang cacat lebih-lebih lagi jika perubahan anggota badan itu dalam bentuk yang kekal dan menipu orang ramai kerana kepada Muslim, matlamat tidak akan menghalalkan cara!

- PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.