saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 04/04/2008

Elak kepupusan kesenian Pahang

MARAN 3 April – Seorang penyelidik budaya tempatan, Ariffin Said meminta satu usaha drastik dijalankan untuk mempertahankan kesenian negeri ini yang semakin pupus.

Beliau berkata, usaha itu perlu dijalankan segera memandangkan ramai tokoh dan pakar budaya tempatan telah meninggal dunia.

Jika tidak ada usaha dijalankan, tegasnya, kepupusan kesenian negeri ini akan hilang begitu sahaja tanpa dapat dikesan semula.

‘‘Pada masa ini hanya seorang dua tokoh budaya tempatan yang masih aktif dan berminat mempertahan dan menyelidik seni budaya Pahang seperti Roslan Madun dari Temerloh.

‘‘Saya amat berbangga dengan usaha dan komitmen Roslan itu yang kerana membantu mempertahankan kesenian tempatan,‘‘ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bekas pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkata, Pahang memiliki banyak khazanah budaya yang amat tinggi nilai kesenian.

Sehubungan itu, Ariffin yang merupakan anak kelahiran Kampung Batu Bor, Chenor dekat sini mencadangkan kerajaan negeri menyediakan dana khas kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjalankan kajian mengenai kesenian Pahang.

Menurut beliau, Pahang merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang memiliki empat irama lagu syair iaitu Selendang Delima, Syair Zaman Pahang Tua, Syair Bendahara dan Syair Darusalam.

Tambah beliau, Pahang juga dianggap sebagai ‘ibu budaya‘ Melayu kerana banyak adat tradisional seperti jampi serapah, nyanyian, pencak silat, dikir dan irama gendang berasal dari negeri ini.

Antara lagu rakyat Pahang yang popular, jelasnya, ialah ‘Walinong Sari’ yang suatu ketika dahulu dipersembahkan pada majlis-majlis rasmi pembesar.

‘‘Walinong Sari pernah dipersembahkan di luar negara seperti London baru-baru ini. Rakyat Pahang sendiri kebanyakannya tidak menyedari keistimewaan itu kerana sikap tidak peduli budaya sendiri,‘‘ katanya.

Pahang juga, tambahnya, memiliki ramai tokoh budayawan yang terkenal seperti Zakaria Hitam, Datuk Seri Wan Wahid Wan Hassan dan Engku Ahmad Tajuddin.

‘‘Malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menubuhkan Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) untuk mencari bahan-bahan berkaitan budaya negara benua Asia,‘‘ katanya.

Ariffin memberitahu, beliau dilantik UNESCO untuk menjalankan program penyelidikan budaya tradisional di Thailand dan Vietnam yang kini berada di peringkat akhir.

Beliau berharap kerajaan negeri memberi sokongan padu kepadanya untuk membuat penyelidikan mengenai kesenian dan adat masyarakat Melayu Pahang selepas ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.