saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 06/04/2008

Leina Hangat dan Jamal berpisah


LEINA Hangat (kiri) dan Jamal.


Ramai yang tertanya-tanya ke mana menghilang pelakon Leina Hangat selama ini? Kali terakhir Niezam berjumpa dengan Leina kira-kira enam tahun lalu semasa menghadiri majlis pernikahannya dengan lelaki Perancis, Mohamad Jamal Delaloy Abdullah.

Tak lama kemudian Niezam pernah juga telefon Leina untuk bertanya khabar tetapi Liena bagaikan tidak bersedia untuk bercerita soal peribadi.

Sehinggalah pada Ahad lalu semasa menghadiri party Anugerah Bintang Popular di sebuah hotel di Genting Highlands, Leina tiba-tiba menegur Niezam.

Dia kata, takkan tak kenal dengan dia lagi. Bukannya tak kenal tetapi Leina Hangat sekarang sudah berubah. Kelihatan lebih ayu dari dulu. Lagipun sudah lama tak berjumpa, tentu saja tak beberapa nak ingat.

Tengah sedap bersembang, Niezam tanya apa jadi rumah tangga dengan Jamal? Dengan nada sedih Leina mengaku dia dan Jamal sudah tidak bersama lagi. Mereka tinggal berasingan sejak tiga tahun lalu.

Perkahwinan mereka yang dibina pada 21 Ogos 2002 itu sudah menuju kehancuran selepas dua tahun mereka berkahwin.

“Saya sedih dengan apa yang berlaku tetapi saya percaya dengan ujian Allah itu. Selama tiga tahun saya ‘menyembunyikan’ diri kerana tidak mahu orang bertanya tentang rumah tangga saya. Tapi hari ini saya berani mengaku yang saya dan Jamal sudah lama tinggal berasingan,” cerita Leina.

Selepas berkahwin Leina mengikut suaminya itu yang bekerja sebagai chef tinggal di Singapura.

Bagaimanapun kerana sebab tertentu, Leina dan Jamal membuat keputusan untuk tinggal berasingan. Jamal kini sudah terbang ke Moscow dan tidak lagi tinggal di Singapura.

Leina pun sudah memfailkan tuntutan fasakh pada tahun lalu dan menunggu kesnya untuk disebut di Mahkamah Syariah. Leina beritahu Niezam selepas mereka membuat keputusan untuk tinggal berasingan, hidupnya menjadi tidak tenteram sehinggalah ada seorang ustazah membantu memberi semangat kepadanya.

Syukurlah dia sekarang lebih bahagia dan gembira selepas Havana Salun di Wangsa Maju melantiknya sebagai duta di pusat kecantikan itu.

Mudah-mudahan Leina akan kuat semangat menempuh ujian hidup kerana mungkin sudah tiada jodoh dia dengan lelaki mat saleh itu.

- NIEZAM: Sebut Leina Hangat teringat pepatah Melayu, hangat-hangat tahi ayam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.