saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 07/04/2008

Kek kecil ganti telur


Zaida Aziz bersama kek kahwin terbaru berupa sebiji kek bulat diletakkan di atas sementara kek cawan disusun di bawah.


Cenderahati perkahwinan berupa telur rebus semakin ditinggalkan oleh sebahagian masyarakat Melayu.

Masa kini, lebih ramai yang menyukai untuk memberikan kek kecil dan biskut sebagai cenderahati perkahwinan bagi menggantikan telur rebus.

Faktor kesuntukan masa, tenaga yang diperlukan untuk merebus telur, tempat merebus yang terhad serta aspek kebersihan mungkin menjadi sebab mengapa ia terus ditinggalkan.

Memang banyak mudahnya jika tetamu diberikan kek kecil atau biskut sebagai cenderahati. Penyediaan boleh dibuat lebih awal dan rumah tidak berselerak dengan kotak-kotak telur serta tiada lagi bau hamis telur.

Zaida Aziz yang mengusahakan perniagaan cenderahati perkahwinan berupa kek dan biskut di bawah nama Aroma Nusantara berkata, dia banyak menerima tempahan bagi majlis perkahwinan sehingga beberapa bulan yang akan datang.

“Keluarga dan pasangan yang akan berkahwin kini lebih suka menempah kek dan biskut kerana mereka boleh memilih sendiri jenis kek serta bekas yang disukai,’’ katanya semasa ditemui di kedainya di Taman Setapak Indah.

Untuk itu, kata Zaida, dia banyak menyediakan contoh kotak atau bekas kaca yang sesuai bagi majlis perkahwinan.

Menurutnya, bekas-bekas tersebut boleh diperoleh pada harga yang berbeza sementara kek dan biskut dijual pada harga di antara 30 sen sehingga RM5 sebiji.

Ada juga pelanggan yang membawa bekas sendiri dan memilih biskut atau kek yang menepati bajet mereka. Terdapat dua jenis kek bagi majlis perkahwinan, iaitu kek span yang tahan selama seminggu serta kek coklat lembap yang tahan empat atau lima hari.

Bagaimanapun, pelanggan boleh juga memilih jenis kek mentega, marble, kek coklat dan kek vanila.

Selain membuat kek perkahwinan, Zaida turut menyediakan pakej untuk hari jadi yang terdiri daripada kek kecil cantik, permainan, kandi dan lolipop yang dijual pada harga RM6 ke atas.

Anda yang berminat dengan kek Aroma Nusantara boleh menghubungi Zaida di talian 012-2606992 atau layari [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.