saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 07/04/2008

Hargai jasa polis wanita


MENGHIASI kulit luar buku bergambar ini ialah wajah tujuh orang Inspektor Polis Wanita pertama yang dilantik pada tahun 1955.


Mereka ialah Zaharah Rautin, Raja Nor Jasmi Raja Shahar Shah, Ng Lee Sin, Emily Koshy, Irene Lee Saw Leng, Khairunisa Karim dan Lee Yoke Lin.

Tujuh nama inilah menjadi pelopor pasukan polis wanita di Malaysia yang ditubuhkan secara rasmi pada 1 Ogos 1955. Ia sekali gus mengiktiraf peranan wanita dalam menjaga keselamatan negara yang sebelum daripada tahun tersebut dikuasai oleh kaum lelaki.

Hakikatnya penglibatan kaum wanita dalam institusi kepolisan negara sebenarnya bermula pada 23 Jun 1948. Ini berikutan ramainya golongan wanita yang terlibat dalam pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM) semasa darurat 1948.

Pengambilan Mata-Mata Khas Wanita atau Special Constabulary (SC) wanita mendapat sambutan yang begitu baik, terutama di kalangan mereka yang tinggal di luar bandar.

Anggota SC wanita ditugaskan di pintu-pintu masuk dan keluar kampung-kampung baru. Mereka menjalankan tugas bersama anggota polis dan SC lelaki.

Tugas yang mereka jalankan ialah sebagai Pegawai Pemeriksa atau Women Searcher terhadap kaum wanita dan kanak-kanak. Sebelum penubuhan SC wanita, tugas ini dahulunya dijalankan oleh isteri-isteri polis dan orang awam yang dilantik sebagai pegawai pemeriksa wanita.

Setelah 52 tahun berkhidmat, pegawai dan anggota polis wanita telah membuktikan kemampuan dan kecemerlangan mereka dalam pelbagai bidang.

Ternyata kehadiran mereka dalam pasukan polis merupakan pelengkap penting demi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berfungsi dan berperanan dengan lebih cekap dan berkesan mengikut nada dan selera rakyat yang semakin sofistikated.

Dari seramai tujuh orang pegawai dan 54 anggota di peringkat awal penubuhannya, keanggotaannya kini bertambah kepada 9,908 orang atau 10.6 peratus daripada jumlah keseluruhan keanggotaan PDRM.

Pada masa ini terdapat empat pegawai polis wanita berpangkat Senior Asisten Komisioner 1 (SAC 1), iaitu jawatan tertinggi yang disandang oleh pegawai polis wanita.

Jawatan tertinggi itu adalah kelangsungan pangkat tertinggi yang pernah disandang oleh Datuk Zakiah Laidin iaitu sebagai Deputi Komisioner Polis (DCP).

Kemampuan, kecekapan dan kewibawaan polis wanita dalam melaksanakan pelbagai tugas kepolisan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Mereka dipertanggungjawabkan memelihara undang-undang dan ketenteraman, menjaga keamanan dan keselamatan negara, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah serta mengumpul risikan keselamatan.

Ternyata polis wanita dihormati dan diyakini oleh semua pihak sama ada di rantau Asia mahu pun di peringkat antarabangsa.

Penulis buku ini Cif Inspektor Selamat Sainayune yang banyak membuat penyelidikan mengenai data sejarah kepolisan mengakui penulisan secara mendalam tentang sejarah polis wanita tidak terdapat di negara kita sebelum ini.

Justeru beliau melihat penerbitan buku ini bertujuan mengenang sejarah dan menghargai sumbangan serta pengorbanan yang telah dicurahkan oleh polis wanita seawal tahun 1955 hingga sekarang.

Keseluruhan buku ini mengandungi fakta-fakta sejarah awal penubuhan pasukan polis wanita dan perkembangannya sehingga kini.

Ia merupakan satu kajian awal tentang sejarah penubuhan polis wanita dan dijadikan sebagai bahan asas bagi kajian-kajian seterusnya kepada penulis yang berminat untuk mengkaji sejarah dan perkembangan polis wanita di negara ini.

Proses ini amat penting kerana masih banyak lagi perkara berkaitan dengan sejarah polis wanita yang masih belum terungkai untuk didedahkan kepada generasi baru pasukan polis dan masyarakat.

Buku ini memaparkan sejarah awal penubuhan pasukan polis bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah ke tahun 2007.

Sejarah awal penubuhan pasukan polis wanita bermula dari zaman darurat 1948 dan pengambilan pertama seramai tujuh orang polis wanita berpangkat Inspektor wanita iaitu pada tahun 1955.

Pengambilan pertama seramai 56 orang anggota polis wanita berpangkat konstabel pula ialah pada tahun 1956.

Perkembangan

Buku ini juga mengupas tentang perkembangan kerjaya serta penubuhan cawangan-cawangan yang melibatkan penugasan pegawai dan anggota polis wanita.

Penglibatan polis wanita dalam bidang sukan, seni dan Perkep turut direkodkan. Sejarah tokoh-tokoh awal polis wanita dan tokoh polis wanita cemerlang turut dimuatkan sebagai contoh kepada pegawai dan anggota polis khususnya polis wanita yang baru menceburi bidang kepolisan.

Buku-buku berkaitan institusi kepolisan tanah air harus dibaca oleh generasi muda khususnya para pelajar sekolah dan harus dijadikan bahan rujukan oleh pegawai dan anggota polis yang berkhidmat serta pelatih-pelatih yang sedang menjalani latihan.

Ia penting bagi menambahkan pengetahuan tentangan sejarah sistem keselamatan negara di samping memekar semangat patriotisme.

Buku Polis Wanita Sejarah Bergambar 1955-2007 ini berupaya membuka minda pelajar khususnya pelajar wanita yang berminat untuk menyertai pasukan polis sebagai kerjaya masa depan mereka.

Judul: Polis Wanita Sejarah Bergambar

Penulis: Selamat Sainayune

Penerbit: Kelana Publication Sdn. Bhd.

ISBN: 9789834225803

Tebal: 324 halaman

Harga: RM180

PENGULAS: NORAINI ABD. RAZAK

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.