saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 09/04/2008

Stadium Kajang diganti

KAJANG 8 April – Setelah sekian lama terbiar tanpa fungsi yang jelas, akhirnya Stadium Kajang yang berusia 50 tahun itu akan digantikan dengan sebuah kompleks sukan.

Kompleks yang bakal dinamakan Dataran Kajang itu akan dibina di dalam taman dan merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

Ia akan dibina mulai tahun hadapan di tapak asal Stadium Kajang seluas dua hektar itu dan menelan kos kira-kira RM7 juta.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd. Rahman berkata, pembinaan kompleks itu mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Majlis Sukan Negara.

Menurutnya, kompleks tersebut dibina bagi memberi kemudahan kepada penduduk terutama golongan remaja untuk menjalankan aktiviti sukan.

Tambahnya, dataran tersebut akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan sukan serta tempat riadah yang sesuai untuk semua peringkat umur.

“Bagi memberi keselesaan kepada 230,000 penduduk Kajang, kompleks sukan ini akan dilengkapi dengan kemudahan tujuh buah gelanggang dengan tiga daripadanya adalah gelanggang futsal.

“Selain itu, terdapat juga dewan serbaguna, surau, tandas awam serta pondok-pondok rehat yang dibina di sekeliling kompleks tersebut,” katanya semasa mengumumkan pembinaan kompleks tersebut di sini baru-baru ini.

Sebelum itu, beliau merasmikan pelancaran program ‘My Park’ anjuran Parkson Corporation Sdn. Bhd di Taman Permainan MPKj di sini.

Hasan Nawawi berkata, apa yang menarik ialah kompleks sukan itu akan dibuka 24 jam supaya penggunaannya dapat dimaksimumkan.

Bagi menjaga keselamatannya dan mengelak daripada disalah guna, ia akan diawasi oleh pegawai keselamatan terutama selepas pukul 12 tengah malam.

Beliau berkata, sejajar dengan matlamat menjadikan kompleks itu untuk kegunaan semua penduduk, kadar sewa gelanggang yang ditetapkan adalah amat berpatutan bermula dari RM1 sejam.

“Sebagai contoh, pada sebelah siang, kadar sewa yang ditetapkan bagi sebuah gelanggang seperti badminton, bola jaring dan tenis hanya RM1 untuk satu jam manakala pada sebelah malam pula sebanyak RM3.

“Bagi gelanggang futsal pula, penyewa dikenakan bayaran RM50 untuk satu permainan manakala untuk pelajar-pelajar sekolah hanya RM30 sahaja,’’ jelasnya.

Ditanya mengenai kemudahan tempat letak kereta, Hasan Nawawi berkata, pihaknya tidak bercadang untuk membina kemudahan letak kereta bawah tanah.

“Bukan MPKj tidak mahu membina kemudahan tersebut tetapi kita tidak mahu mengambil risiko kerana kawasan itu mudah untuk ditenggelami air apabila hujan.

“Ada baiknya kita tidak membina kemudahan tersebut kerana boleh mengundang masalah kepada pengguna kelak,’’ katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.