saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 10/04/2008

MIUP Pulau Pinang masih wujud

NIBONG TEBAL 9 April - Sebahagian ahli Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) melahirkan rasa kesal terhadap bekas Pengerusi MIUP Pulau Pinang, L. Balasupramaniyam yang dikatakan mendakwa mengumumkan pembubaran parti itu di peringkat Pulau Pinang.

Ketua Bahagian MIUP Nibong Tebal, M. Sures, berkata, pembubaran parti yang didakwa dilakukan oleh bekas pengerusi itu sebenarnya bermotifkan sesuatu kerana bukan semua ahli mahu menarik diri daripada MIUP.

Malah katanya, mesyuarat yang sepatutnya dihadiri beliau pada Ahad lalu bukan membincangkan tentang pembubaran MIUP Pulau Pinang tetapi disalah guna untuk kepentingan segelintir ahli yang kononnya kecewa dengan Presiden MIUP, Datuk S. Nallakaruppan.

"Saya ingin tegaskan bahawa apa yang dinyatakan oleh bekas pengerusi sebenarnya mewakili segelintir daripada 3,500 ahli berdaftar dan MIUP Pulau Pinang masih lagi berjalan dan tidak pernah dibubarkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini semalam. Turut hadir Ketua Bahagian MIUP Bukit Mertajam P. Thiagarajan dan ahli jawatan kuasa cawangan.

Ahad lalu, L. Balasupramaniyam mengumumkan pembubaran MIUP Pulau Pinang kerana dikatakan kecewa terhadap tindakan Nallakarupan yang didakwa mengumumkan akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Parti itu ditubuhkan pada 25 November tahun lalu di peringkat kebangsaan bagi memberi sokongan kepada Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Menurut Sures, Balasupramaniyam sebelum ini hanya menjawat pengerusi protokol sahaja dan satu mesyuarat di peringkat kebangsaan akan diadakan pada penghujung bulan ini bagi melantik pengerusi di setiap negeri secara rasmi.

Katanya, apa yang didakwa oleh bekas pengerusi itu selama ini adalah tidak benar dan bermotifkan politik.

"Saya hairan dengan tindakan beliau kerana menyertai politik semata-mata mengharapkan projek sedangkan tujuan berpolitik adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, Nallakaruppan yang menghubungi Utusan Malaysia semalam berkata, semua tindakan dan dakwaan Balasupramaniyam itu tidak benar dan tidak berasas.

Katanya, beliau langsung tidak kesal dengan tindakan itu tetapi sedikit sebanyak telah mengelirukan ahli-ahli parti lain.

Sehubungan itu beliau mengingatkan kepada ahli parti bahawa MIUP masih wujud dan tidak dibubarkan malah masih menerima keahlian seperti biasa.

"Kita tidak halang sesiap hendak keluar asalkan parti tetap utuh dan bersatu sebagaimana tujuannya diwujudkan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.