saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/04/2008

Khidmat dihenti sementara

TENOM 10 April - Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengarahkan supaya perkhidmatan kereta api dari Tenom ke Beaufort yang meragut dua nyawa, semalam, dihentikan sehingga projek pembinaan landasan baru siap sepenuhnya.

Katanya, tindakan itu dijangka tidak memberi masalah memandangkan kerja-kerja pembinaan landasan baru yang menghubungkan Tenom-Beaufort-Kota Kinabalu sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

"Kita akan pastikan landasan yang baru itu betul-betul selamat sebelum digunakan. Kita mahu tapak laluan atau tapak landasan keretapi itu benar-benar kukuh dan jauh dari tebing sungai.

"Ini kerana kita tidak mahu tragedi yang sama berulang," katanya pada sidang akhbar selepas mendengar taklimat berhubung kejadian tersebut di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, dua orang terbunuh, tiga parah, manakala 19 lagi cedera ringan setelah keretapi yang dinaiki dari Tenom ke Beaufort terjunam ke Sungai Padas, kira-kira empat kilometer dari sini.

Kereta api sepanjang kira-kira 80 meter dengan tiga gerabak itu terjunam setelah landasannya yang terletak hanya beberapa meter dari tebing sungai, runtuh dipercayai akibat hakisan.

Musa berkata, beliau sudah mengarahkan Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah membuat siasatan dan kajian terperinci terhadap landasan lama itu bagi mencari punca sebenar kejadian itu selain faktor hakisan.

Beliau berkata, kerajaan negeri turut memberi sumbangan sebanyak RM3,000 kepada keluarga mangsa yang terbunuh dan RM500 kepada yang tercedera sebagai bantuan awal.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah berkata, pihaknya sedang mencari pengangkutan awam lain bagi membolehkan penduduk yang menggunakan kereta api itu setiap hari dapat menjalankan aktiviti seperti biasa.

"Kita sedang mencari jalan bagaimana untuk membantu murid-murid dan guru yang menggunakan perkhidmatan kereta api setiap hari ke sekolah," ujarnya.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadian mendapati, gerakan mencari mangsa yang dikhuatiri masih hilang diteruskan sehingga lewat petang ini melibatkan kira-kira 13 anggota bomba dari Tenom, Keningau, Sipitang dan Kuala Penyu.

Timbalan Pengarah Bomba Sabah, Norhisham Mohammad ketika ditemui berkata, operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada pukul 6 pagi ini dan sehingga pukul 6 petang masih belum menemui mangsa baru.

Katanya, pihaknya tidak pasti sama ada masih terdapat mangsa yang terperangkap kerana gerabak yang pertama masih tenggelam kira-kira enam meter di dalam sungai, manakala gerabak kedua separuh tenggelam dan yang ketiga di tebing.

"Mengikut laporan pihak hospital dan polis, jumlah penumpang yang membeli tiket adalah 41 orang semuanya. Dua mati, tiga parah, 19 cedera ringan manakala yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Operasi hari ini adalah untuk mencari kalau-kalau ada mangsa yang menumpang atau tidak membeli tiket tetapi turut serta dalam perjalanan semalam," katanya.

Norhisham berkata, pihaknya terpaksa mengarahkan Empangan Pangi dibuka pada pukul 8.10 pagi bagi membolehkan air sungai itu surut dengan cepat dan memudahkan usaha mencari mangsa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.