saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 11/04/2008

Tragedi nahas kereta api tidak jejas pelancongan

KOTA KINABALU 10 April - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun yakin tragedi nahas kereta api di daerah Tenom semalam, tidak menjejaskan industri pelancongan di Sabah.

Beliau yang melahirkan rasa sedih dengan kejadian meragut dua nyawa itu berkata, kejadian tersebut adalah terpencil dan tiada kaitan secara langsung dengan industri pelancongan di sini.

''Kita kesal dengan apa yang berlaku kerana ia membabitkan penduduk dan kereta api itu adalah satu-satunya pengangkutan yang mereka gunakan untuk menjalankan aktiviti seharian.

''Apa pun, ia juga sebenarnya tidak ada kaitan dengan industri pelancongan memandangkan kereta api yang biasa membawa pelancong dari Tenom-Beaufort telah pun dihentikan beberapa lama dulu.

''Kereta api yang ada sekarang ini lebih kepada memberi perkhidmatan sosial kepada penduduk di kawasan pedalaman itu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat perkhidmatan kereta api berkuasa diesel yang digunakan sejak tahun 1960-an dijadikan satu aktiviti tarikan pelancong di Sabah apabila pelancong asing dibawa menaiki pengangkutan tersebut untuk menikmati pemandangan antara Kota Kinabalu ke Beaufort dan Tenom.

Terdahulu, Masidi menyaksikan majlis menandatangani perjanjian (MoU) di antara Perbadanan Kemajuan Pembangunan Sabah (SUDC) menerusi anak syarikatnya, Perusahaan Pusaka Timur Sdn. Bhd. dan Promenade Hotel Sdn. Bhd. untuk membina hotel bertaraf tiga bintang di Tawau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.