saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 14/04/2008

Jangan tamatkan ASJ

BATU PAHAT 13 April – Para pelabur skim Amanah Saham Johor (ASJ) mahu kerajaan negeri campur tangan bagi menolak cadangan penamatan skim amanah tersebut yang dijangka dilaksanakan bermula 31 Mei ini.

Mereka mendakwa, penamatan skim yang diperkenalkan sejak 1992 itu dibuat tanpa mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada pelabur-pelabur terutama yang membuat pinjaman bank.

Justeru, pelabur-pelabur mendakwa cadangan itu adalah satu penganiayaan dan tidak adil.

Mereka berkata, pengumuman penamatan ASJ itu dijadual disampaikan kepada para pelabur melalui surat pekeliling yang menjemput mereka menghadiri mesyuarat agung luar biasa (EGM) pada 24 April ini di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.

Seorang pelabur paling awal, Abu Bakar Mohamed, 68, dari Parit Kuda, Semerah di sini memberitahu, sebagai pelabur mereka berhak mempertahankan pelaburan masing-masing yang telah dilakukan sekian lama dan tidak mahu ia ditamatkan begitu sahaja.

Beliau mempersoalkan, apakah rasionalnya skim saham amanah itu hendak ditamatkan sedangkan jumlah dana pelaburan ahli-ahli masih dalam jumlah yang banyak iaitu RM22.9 juta.

Katanya, mereka juga kesal kerana sekian lama melabur mereka tidak pernah dipanggil dalam mesyuarat agung tahunan bagi mengetahui kedudukan syarikat dan pelaburan juga ketika ia mengalami kerugian demi kerugian.

“Kita pun tidak tahu siapa yang mengurus dana ini dan tiba-tiba ia akan ditamatkan begitu sahaja,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Abu Bakar lagi, beliau akan membuat laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) agar penamatan skim itu disiasat secara terperinci.

Katanya, beliau bimbang jika langkah penamatan skim itu sebenarnya bagi menjaga kepentingan pihak tertentu dan yang bertanggungjawab akan kegagalannya.

“Kerajaan Negeri patut mengambil serius soal ini kerana ia mengecewakan ramai orang Melayu terutama ahli-ahli UMNO yang telah digalakkan melabur ketika ia diperkenalkan,” katanya.

Suri rumah, Rafaimah Mohd Zain, 60, berkata, penamatan skim itu memang amat membimbangkan pelabur-pelabur yang membuat pinjaman bank termasuk dirinya sendiri.

Katanya, beliau mempunyai 70,000 unit ASB dan 50,000 unit adalah dilabur melalui pinjaman bank dengan bayaran sebanyak RM1,000 setiap bulan.

Katanya, bayaran bulanan pada bank masih belum habis dan ia perlu dijelaskan untuk beberapa tempoh waktu tertentu.

“Masalahnya, dengan penamatan skim ini apakah baki pinjaman pada bank juga akan turut terlupus?

“Saya bimbang dengan jumlah nilai selepas ditolak kos, unit-unit ASJ yang akan dijual nanti tidak dapat membayar hutang bank yang masih berbaki,” ujarnya.

Menurut Rafaimah, jika kebimbangannya itu menjadi kenyataan, beliau yakin ramai di antara-antara pelabur akan mengalami kesulitan termasuk menghadapi tindakan muflis oleh bank.

Beliau berkata, adalah lebih baik skim itu diteruskan dengan mencari peluang-peluang perniagaan baru yang lebih berpotensi seperti melaburkan ke dalam Bank Rakyat yang telah menunjukkan prestasi yang baik setakat ini.

Seorang petani, Paiman Jasman, 60, turut kesal dengan penamatan skim itu kerana ia merupakan harapan beliau untuk mempunyai simpanan yang selesa pada hari tua.

Beliau menyelar pengurus-pengurus dana ASJ yang baginya tidak bertanggungjawab dan telah mengecewakan pelabur-pelabur yang rata-ratanya orang Melayu miskin dan berpendapatan rendah.

Katanya, sepatutnya EGM kali ini bukan membentangkan resolusi penamatan ASJ tetapi melaksanakan penyusunan semula skim itu agar ia terus berdaya maju.

“Sepatutnya pengurus yang gagal ini dibuang dan digantikan dengan yang baru dan mampu memajukan lagi ASJ,” katanya kesal.

ASJ adalah sebuah skim unit amanah yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Pelaburan Johor dan merupakan skim unit amanah negeri yang pertama apabila dilancarkan pada 25 Oktober 1977.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:10
Asar 4:32
Maghrib 7:06
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.