saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 15/04/2008

Penduduk mahu operasi kereta api disambungkan

TENOM 14 April - Langkah kerajaan negeri memberhentikan sementara perkhidmatan kereta api ekoran kemalangan di Sungai Padas di Kampung Pangi dekat sini, Rabu lalu menyebabkan penduduk di beberapa kampung terputus hubungan dengan dunia luar.

Ini kerana selama ini penduduk terbabit bergantung kepada perkhidmatan kereta api tersebut untuk menjalankan kehidupan harian kerana ia satu-satu kaedah pengangkutan untuk ke bandar Tenom dan Beaufort.

Menurut mereka, keputusan kerajaan negeri itu menyebabkan hidup mereka terhimpit kerana tiada jalan raya yang menghubungkan kawasan penempatan mereka.

Pengangkutan kereta api diarah dihentikan sementara oleh kerajaan negeri berikutan kemalangan itu yang berpunca daripada hakisan tanah sehingga projek landasan baru yang sedang dalam pelaksanaan siap sepenuhnya.

Kawasan sepanjang perjalanan kereta api dari Tenom ke Beaufort itu melalui beberapa kawasan seperti Kampung Saliuton, Pangi, Batu 75 dan Rayoh. Kebanyakan penduduk di situ bekerja sebagai petani, penoreh getah dan ada yang berulang-alik ke tempat kerja di Beaufort dan Tenom.

Tinjauan mendapati rata-rata penduduk kecewa kerana tiada kemudahan pengangkutan alternatif kepada mereka berikutan arahan pembatalan operasi kereta api tersebut.

Seorang penduduk Kampung Pangi, Lawrence Nurisong, 56, berkata, keputusan kerajaan menghentikan perkhidmatan kereta api itu menyebabkan penduduk terputus hubungan langsung dengan pekan Tenom dan bandar Beaufort.

"Bagaimana nasib kami di sini, kerana itu sahaja pengangkutan yang boleh kami gunakan sebelum ini untuk berurusan dan membeli keperluan di bandar.

"Suka atau tidak kami terpaksa gunakan troli buatan sendiri sebagai jalan terbaik mengatasi masalah pengangkutan walaupun Jabatan Keretapi Negeri Sabah melarang kami guna troli ini, kami tiada pilihan," katanya.

Runaiziah Anthony, 33, pula berkata, penduduk di Kampung Pangi kini terpaksa mengambil masa satu jam menolak troli untuk ke pekan Tenom kerana itu sahaja caranya untuk menjual hasil pertanian di bandar.

"Jangan marah kami buat seperti ini. Kalau tidak buat kami tidak boleh jual hasil pertanian. Ini mata pencarian penduduk kampung di sini, kami dah terputus hubungan," katanya.

Sementara Yanggang Untung, 40, meminta pihak kerajaan supaya membina jalan alternatif menghubungkan antara Kampung Pangi dengan Kampung Bamban melalui pesisiran Sungai Motolop kerana selepas sekian lama merdeka, mereka sepatutnya mempunyai kemudahan jalan raya.

Beliau mengeluh kerana terpaksa berjalan kaki sambil memikul getah keping seberat hampir 150 kilogram bersama dua orang anak dan terpaksa mengambil masa kira-kira lima jam dari Kampung Motolop untuk sampai ke pekan Tenom.

Kampung Pangi terletak kira-kira 10 kilometer dari pekan Tenom, dan merupakan antara perkampungan yang masih mundur serta kekurangan pelbagai kemudahan termasuk bekalan air bersih, meskipun mempunyai sebuah sekolah rendah bantuan penuh kerajaan.

Kawasan berbukit-bukau itu diduduki oleh majoriti suku kaum Murut dan mereka bergantung hidup kepada sumber pertanian seperti padi bukit, getah, kopi dan sayur-sayuran selain memburu binatang dan menangkap ikan sungai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.