saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 15/04/2008

Landasan kereta api telah diperiksa sebelum kemalangan

KOTA KINABALU 14 April - Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) menafikan kejadian kereta api tergelincir ke dalam Sungai Padas, di Tenom, Rabu lalu, berpunca daripada kecuaian pihaknya.

Pengarah JKNS, James Wong berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana 20 minit sebelum insiden tersebut, kakitangan jabatan itu ada melakukan pemeriksaan harian di sepanjang landasan untuk memastikan keselamatannya.

"Pihak JKNS melakukan pemeriksaan pada pukul 2.35 hingga 2.50 petang dan mendapati masih selamat untuk digunakan. Ia merupakan rutin harian pihak kami setiap kali sebelum landasan digunakan.

"Ia suatu kejadian yang di luar jangkaan sama sekali kerana kita tidak melihat tanda-tanda keadaan landasan di tebing sungai tersebut merekah atau terhakis," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang mengatakan punca kereta api itu terjunam ke sungai tersebut sehingga meragut dua nyawa adalah berpunca daripada JKNS yang tidak melakukan penyelenggaraan terhadap laluan berkenaan.

Selain mengorbankan dua penumpang, nahas itu turut menyaksikan tiga cedera parah dan 19 lagi cedera ringan dan berikutan itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mengarahkan perkhidmatan kereta api itu dihentikan sementara.

James berkata, pemeriksaan landasan sebanyak tiga kali sehari sudah menjadi rutin harian pihaknya sebelum ia digunakan dan kejadian pada pukul 3.15 petang itu adalah satu insiden yang tidak dapat dielakkan.

Berhubung kerja-kerja membaiki landasan dan mengeluarkan gerabak kereta api yang masih tenggelam katanya, JKNS kini sedang giat membaiki landasan yang rosak selain membuat laluan baru yang jauh dari tebing sungai.

"Berkenaan tiga gerabak itu, kita telah berjaya mengeluarkan gerabak ketiga, semalam, dan bagi gerabak pertama dan kedua yang masih tenggelam, kita akan usahakan dalam masa beberapa hari ini," katanya.

Menurut James, bagi mengatasi masalah murid-murid dan guru sekolah yang menggunakan perkhidmatan kereta api setiap hari untuk ke sekolah, pihaknya kini menyediakan kereta rel untuk sementara.

Jelasnya, perkhidmatan kereta rel itu digunakan dari Kampung Rayoh, di sini ke Beaufort sejauh 20 kilometer dan ia telah dimulakan sejak dua hari lalu bagi membolehkan murid-murid dan guru meneruskan persekolahan.

"Ini hanya untuk sementara waktu sahaja dan kita akan hentikan tidak lama lagi bagi membolehkan pemeriksaan rapi serta menyeluruh dapat dilakukan di landasan itu dari Tenom ke Beaufort," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.