saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 16/04/2008

Balang Lasung meninggal

KUCHING - Negara kehilangan atlet merejam lembing dari Sarawak, Balang Lasung yang pernah menggondol empat pingat emas dalam Sukan SEA pada penghujung 70-an dan awal 80-an.

Mendiang yang berusia 57 tahun menghembus nafas terakhir di Hospital Umum Sarawak (HUS) pada pukul 8.30 pagi, semalam setelah menderita sakit Parkinson.

Mendiang meninggalkan isteri yang hanya mahu dikenali dengan nama Susana dan dua anaknya iaitu Sarah, 23 dan Brian, 19.

''Mendiang menggondol pingat emas di Kejohanan Sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 1977, Sukan SEA Jakarta (1979), Sukan SEA Manila (1981) dan Sukan SEA Singapura (1983)," katanya.

Tambah beliau, setelah mengharumkan nama negara di persada Asia Tenggara, mendiang bersara pada tahun 1983.

Mendiang selepas itu berkhidmat sebagai Pensyarah Pelajaran Fizikal di Maktab Perguruan Batu Lintang sehinggalah beliau jatuh sakit pada tahun 2001.

Ketika itu mendiang seringkali mengambil cuti sakit sehinggalah doktor berjaya mengesan penyakit sebenar pada tahun 2003.

''Sepanjang hayat, mendiang tidak pernah kesal dengan apa yang berlaku pada dirinya walaupun terlantar selama lima tahun," kata Susana.

Kata beliau, walaupun terlantar di katil, mendiang masih tetap menunjukkan semangat yang tabah dan kekal ceria.

Mendiang Balang Lasung akan dikebumikan pada Jumaat ini selepas disembahyang di Gereja Sidang Injil Borneo, Batu 3, di sini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.