saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 17/04/2008

Pertukaran Ahli Majlis - DAP kuasai Seberang Perai, P. Pinang

PULAU PINANG 16 April – Kerajaan Pulau Pinang hari ini mengumumkan senarai anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terdiri daripada wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar, Chow Kon Yeow berkata, kedua-dua majlis itu masing-masing dianggotai 24 orang yang terdiri daripada golongan profesional dalam pelbagai bidang.

“Mereka yang dilantik telah melepasi tapisan pihak polis, Badan Pencegah Rasuah dan Jabatan Insolvensi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini.

Katanya, MPPP akan dianggotai 10 wakil DAP, PKR (tujuh), Pas (satu) dan NGO (empat) manakala bagi MPSP pula DAP (sembilan) PKR (lapan) Pas (satu) dan NGO (tiga).

“Dua Pegawai Daerah bagi MPPP dan tiga Pegawai Daerah bagi MPSP dikekalkan jawatan mereka,” katanya.

Beliau berkata, wakil NGO terdiri daripada anggota Dewan Perniagaan Melayu, Dewan Perniagaan Cina, Dewan Perniagaan India, Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) dan Women Centre for Change.

Katanya, majlis angkat sumpah jawatan bagi anggota MPPP dan MPSP masing -masing akan diadakan pada Isnin dan Selasa depan.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.