saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/04/2008

PKR terus pujuk Ahli Parlimen BN Sabah, Sarawak

KOTA KINABALU 16 April - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah secara terbuka memujuk wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di negeri ini supaya menyertai pakatan pembangkang bagi membolehkan membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baru.

Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan berkata, peluang tersebut masih terbuka dan tidak seharusnya dilepaskan kerana ia menawarkan pelbagai perkara yang lebih adil bagi Sabah dan Sarawak.

"Pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen Sabah perlu menyokong Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menerajui pakatan pembangkang bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri baru.

"Kita akan mendapat keuntungan politik khususnya yang melibatkan hak dan kepentingan Sabah dan Sarawak sekali gus memberi pembaharuan kepada kedua-dua negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jeffrey yang juga Ketua Perhubungan PKR Sabah dan Sarawak berkata, angin perubahan yang melanda empat negeri di Semenanjung iaitu di Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor perlu juga melanda Sabah dan Sarawak.

Katanya, pertukaran kerajaan akan memberi peluang kepada Malaysia Timur menebus kembali semua hak mereka yang selama ini diabaikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Beliau berkata, sejak Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, negeri ini tidak pernah diberi pilihan sendiri dalam menentukan hala tuju pentadbiran apabila semuanya diputuskan oleh UMNO dan BN Pusat.

Jeffrey turut mempersoalkan faedah yang diperoleh BN Sabah dan Sarawak setelah memberi BN Pusat kemenangan pada pilihan raya umum lalu.

"Apa yang Sabah dan Sarawak dapat dengan menyumbang kepada BN Pusat? Kita lihat tidak ada apa-apa dan perkara yang diberi hanya janji untuk jawatan timbalan menteri dan menteri," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi katanya, tidak seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mampu mengendali dan mengurus negara ini dengan baik.

"Dr. Mahathir tidak tunduk kepada sistem yang ada sebaliknya beliaulah yang mengendalikan sistem dan peraturan yang ada, ini berbeza dengan Pak Lah yang terpaksa menjadi mangsa kepada sistem dan peraturan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.