saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/04/2008

Syabas masih kaji beri air percuma

SHAH ALAM 18 April - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) akan mengkaji aspek undang-undang dan pelaksanaan berhubung keputusan kerajaan Selangor untuk memberi 20 meter padu air percuma di semua kediaman di negeri itu.

Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail berkata, pihaknya juga sedang mengkaji dan menyemak aspek lain termasuk kerugian yang akan dialami Syabas ekoran keputusan itu.

Beliau bagaimanapun enggan memberi penjelasan lanjut berhubung status kajian yang sedang dijalankan atau pandangan mengenai keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri itu.

''Buat masa ini saya tidak mahu beri sebarang komen kerana banyak perkara yang akan kita kaji dan semak sebelum ia dimaklumkan kepada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

''Bagaimanapun kita akan panggil sidang akhbar untuk buat pengumuman khas berkenaan perkara air ini nanti," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli-Ahli Baru Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS) di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini mengumumkan rakyat negeri itu bakal menikmati bekalan air percuma sehingga 20 meter padu sebulan sebagai mengotakan janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Pada mulanya cadangan itu akan dilaksanakan pada bulan ini tetapi ditangguhkan sehingga Jun ini.

Tujuan kerajaan negeri memperkenalkan dasar berkenaan adalah bagi meringankan beban kehidupan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Ditanya status pemeteraian urus niaga antara Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd. berhubung operasi rawatan dan penyelenggaraan loji air Sungai Sireh, Tanjong Karang pada 7 Mac iaitu sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12, Rozali berkata, perjanjian itu telah ditandatangani dan akan diteruskan.

Beliau juga tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perjanjian pembelian air dari Pahang untuk negeri Selangor kerana ia tidak membabitkan Syabas.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.