saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 19/04/2008

Jangan ganggu Nor Azreen

KUALA LUMPUR 18 April - Kanak-kanak, Che Siti Nor Azreen Che Ishak, 12, yang kembali ke tanah air semalam selepas dipercayai dilarikan ke Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat (NTT) dan menetap di situ sejak Disember lalu, kini ditempatkan di lokasi rahsia.

Pengerusi Kijang CARE, Datuk Husam Musa berkata, Azreen dan keluarganya telah dihantar ke tempat yang selamat tetapi enggan mendedah lokasi itu untuk mengelakkan daripada gangguan pihak tertentu terutamanya media.

"Yang penting ialah Azreen kini sudah pulang ke tanah air dan lebih penting lagi, ke pangkuan keluarganya.

"Berilah dia masa untuk menenangkan diri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, Azreen dan keluarganya kini menetap di salah sebuah hotel di ibu negara.

Lokasi hotel tersebut bagaimanapun tidak diketahui.

Dalam pada itu, Husam kecewa terhadap pihak berkuasa negara ini yang gagal menemui Azreen ketika keluarganya membuat laporan kehilangannya, empat bulan lalu.

Beliau menyifatkan, pihak berkuasa kurang peka dan sensitif dalam usaha untuk menjejaki kehilangan Azreen.

"Bagaimana sukarelawan di Indonesia mampu mengesannya dalam masa empat hari, sedangkan pihak berkuasa tempatan tidak mampu berbuat demikian walaupun sudah empat bulan lamanya," ujarnya.

Pada 20 Disember lalu, Azreen dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Kuala Rantau, Negeri Sembilan, iaitu pagi Hari Raya Aidiladha.

Ekoran kehilangan Azreen, bapanya, Che Ishak Che Kob membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Sawah pada keesokan hari.

Gadis itu dipercayai dilarikan jirannya, Tony atau Suparman, 27, ke Indonesia, sebelum ditemui 6 April lalu tinggal bersama keluarga Tony di Lombok Timur oleh petugas Migrant Care Indonesia yang membantu dalam operasi mencari.

Azreen selamat diterbangkan pulang ke tanah air dan tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang pukul 9 malam tadi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.