saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 21/04/2008

Buku bentuk minda rakyat

TARIKH 23 April pada setiap tahun, telah dinobatkan sebagai Hari Buku Sedunia dan Hari Hakcipta oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 1995.

Ia sebenarnya telah diilhamkan daripada tradisi Catalan, yang lebih dikenali sebagai Festival of the Rose.

Mengikut legenda, Saint George telah membunuh naga untuk menyelamatkan puteri Catalan. Lantas daripada pembunuhan tersebut, darah naga yang mengalir telah menumbuhkan sepohon mawar, dan Saint George telah memetik sekuntum mawar yang paling cantik lalu diberikan kepada puteri tersebut. Sejak dari itu, pesta mawar (Festival of the Rose) telah disambut oleh masyarakat Bercelona. Setiap jejaka akan menghadiahkan sekuntum mawar kepada kekasihnya.

Pada tahun 1923, pesta tersebut kemudiannya telah digabungkan dengan 'el dia del llibre' atau Hari Buku yang juga telah disambut sempena kematian Miguel de Cervantes dan William Shakespeare serta beberapa penulis lain, iaitu pada 23 April 1616. Sejak dari tahun 1923 itulah, para wanita yang menerima hadiah mawar dari kekasih mereka, kemudiannya akan menghadiahkan buku sebagai hadiah ganti di atas pemberian mawar itu. Juga telah dikatakan pada tahun itu sahaja sebanyak 400,000 buah buku telah terjual yang menjadi hadiah balasan kepada 4 juta mawar!

Tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa sambutan hari buku ini juga untuk meraikan kesinambungan ilmu yang telah ditinggalkan oleh para penulis, yang bukan sahaja yang meninggal pada tarikh tersebut, malah kepada semua penulis atau 'guru' yang telah mengabadikan ilmu mereka ke dalam bentuk tulisan.

Meraikan hari-hari tertentu di dalam sejarah manusia sudah menjadi satu kebiasaan. Ada yang memberi manfaat, tak kurang juga yang memudaratkan, malah ada yang membazirkan wang dan masa. Tetapi, meraikan hari yang telah dinobatkan oleh satu badan antarabangsa iaitu UNESCO sememangnya perlu kita raikan. UNESCO telah memilih tarikh ini untuk mempromosikan budaya membaca, penerbitan dan juga menghormati hak cipta (kepada setiap 'pereka cipta ilmu-ilmu' yang telah dibukukan itu).

DisambutDi United Kingdom, mereka meraikan ulang tahun Hari Buku Sedunia (yang telah disambut pada 1 Mac setiap tahun).

Negara jiran kita, Indonesia juga menyambut hari jadi Hari Bukunya, yang telah dimulakan dengan jayanya oleh komuniti Forum Indonesia Membaca pada tahun 2006.

Mereka mengadakan beberapa aktiviti seperti jualan buku, pameran buku, rumah baca, pertandingan menulis, malah juga dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti perfileman yang berkaitan dengan buku.

Yang menariknya, aktiviti-aktiviti ini telah dijayakan oleh ikatan perpaduan 100 organisasi dan penerbit seluruh Indonesia.

Malah, sambutan 23 April ini juga telah diraikan oleh beberapa negara lain dengan aktifnya, antaranya seperti Australia, Kanada, Cote d'Ivoire, Cuba, Finland, Jerman, Greece, Itali, Madagascar, Morocco, Mozambique, Puerto Rico, Spain dan Sweden.

Di Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Dengan adanya beberapa aktiviti perbukuan, seperti Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (yang telah dianjurkan pada 4 April hingga 13 April 2008) dan Forum Malaysia Membaca 2008 (yang telah dianjurkan pada 13 April 2008 - yang juga telah diwujudkan khas sebagai sambutan Hari Buku Sedunia).

Sesungguhnya, tujuan yang baik perlu disertai dengan perancangan yang terurus, sehingga sesuatu perkara yang sekecil mana pun akan berjaya untuk menjadi sesuatu yang besar dan mengagumkan. Biarlah kita mulakan dengan semudah-mudah perkara, InsyaAllah, dengan niat yang baik, ia akan menjadi satu gerakan yang berjaya.

Sekiranya tujuan asal sambutan 23 April ini diilhamkan daripada satu legenda, yang hanya menggalakkan 'percintaan muda-mudi', tetapi usaha ini kemudiannya telah 'dimuliakan' dengan mengevolusikan perayaan itu lebih bermakna, maka penulis percaya banyak lagi perayaan di Malaysia boleh dikaitkan dengan ilmu dan buku.

Usaha ini diharapkan mampu menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya buku dan ilmu di dalam setiap aspek kehidupan mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.