saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 21/04/2008

Mohamed Ali Hassan angkat sumpah Speaker DUN Johor

21/04/2008 6:03pm

JOHOR BAHRU 21 April Datuk Mohamed Ali Hassan hari ini mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada majlis mengangkat sumpah Speaker dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor di Bangunan Sultan Ibrahim di sini.

Pelantikan Mohamed Ali, 69, sebagai Speaker adalah kali keempat selepas beliau dilantik ke jawatan itu bagi tempoh 1991-1995, 1995-1999 dan 2004-2008.

Mohamed Ali, yang menceburi politik sejak 1982, berpengalaman luas dalam politik termasuk pernah memegang jawatan anggota Exco Agama Johor dari 1989 hingga 1991 selain pernah memangku jawatan Menteri Besar.

Beliau menjadi Ketua Umno Bahagian Tebrau dari tahun 1983 hingga 2004 dan kini memegang jawatan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri dan Barisan Nasional (BN) Negeri.

ADUN Buloh Kasap, Othman Jais, pula mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker bagi kali kedua, sejak jawatan itu diwujudkan di DUN Johor, penggal lepas.

Othman, 61, mula menjadi ADUN sejak 1986 dan beliau merupakan anggota Exco Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar bagi penggal 1999-2004 dan kini merupakan Ketua Umno Bahagian Segamat.

Selain itu, kesemua 56 ADUN termasuk enam orang daripada parti pembangkang, mengangkat sumpah di hadapan Speaker.

Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Adun Serom mengetuai upacara mengangkat sumpah itu, diikuti barisan 10 exco kerajaan negeri dan anggota-anggota DUN.

BN Johor pada pilihan raya umum 8 Mac lepas memenangi 50 daripada 56 kerusi DUN manakala kalah satu kerusi Parlimen iaitu Bakri daripada 26 kerusi parlimen di negeri ini. BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.