saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 23/04/2008

Hoverkraf terbang buatan Malaysia curi perhatian

KUALA LUMPUR 22 April - Sebuah syarikat tempatan, Gig Technology Holdings Sdn. Bhd. berjaya mencuri perhatian pengunjung Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2008 melalui hoverkraf rekaannya yang mampu terbang setinggi dua meter dari permukaan air.

Lebih menarik, hoverkraf yang diberi nama Hover Plane itu menggunakan enjin Campro 1.8 CPS yang belum digunakan oleh kereta keluaran Proton.

Pengarah Urusan Gig Holdings, Zaharudin Mohd. Ali berkata, Hover Plane itu mampu mencapai kelajuan maksimum antara 70 hingga 80 knot sewaktu terbang.

"Kelajuan sedemikian amat penting untuk kegunaan agensi penguatkuasaan bagi memintas musuh ataupun penyeludup.

"Menjadi bonus ialah penyelenggaraannya yang tidak rumit kerana kami menggunakan enjin kereta, ini membolehkan para pengguna melakukan penyelenggaraan rutin di mana-mana sahaja tanpa perlu mendapatkan bantuan kami," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zaharudin berkata, pada masa ini badan Hover Plane dibuat menggunakan karbon fiber namun generasi keduanya akan menggunakan bahan komposit agar ia lebih ringan.

Beliau berkata, kapasiti penumpang Hover Plane pula ialah empat orang dan ia akan ditingkatkan kepada enam orang pada masa akan datang.

"Pembelinya mempunyai dua pilihan navigasi sama ada menggunakan 'joy stick' ataupun stereng mengikut kesesuaian mereka," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, sehingga hari ini pihaknya telah berjaya menjual tiga buah Hover Plane kepada kerajaan Filipina.

Katanya, sambutan daripada agensi-agensi kerajaan dalam negara juga amat memberangsangkan apabila Polis Marin, Kastam dan Pasukan Khas Laut (Paskal), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menunjukkan minat.

"Mereka telah melihat dan menilai Hover Plane dan hasilnya juga amat positif, dalam masa terdekat mereka akan mencubanya.

"Bagi spesifikasi ketenteraan, kita akan membuat penambahbaikan dengan menggunakan badan serta cermin anti balistik dan kalis peluru untuk menjamin keselamatan," katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.