saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 23/04/2008

Kah Choon sedia kena tindakan

KUALA LUMPUR 22 April - Bekas Timbalan Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Lee Kah Choon sedia dikenakan tindakan disiplin oleh parti berikutan keputusannya menerima tawaran jawatan daripada kerajaan negeri yang dikuasai DAP.

Menurutnya, beliau menerima tawaran jawatan sebagai Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan investPenang dengan niat untuk memajukan ekonomi negeri.

Beliau turut menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tindakan beliau itu didorong keinginannya untuk melompat parti.

''Ia tiada kena-mengena dengan politik apatah lagi untuk melompat parti. Sebagai ahli parti yang setia, saya sedia menerima apa sahaja tindakan daripada Jawatankuasa Pusat (CC) Gerakan.

''Apa yang boleh saya lakukan lagi, saya tidak boleh berbuat apa-apa,'' kata Kah Choon yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, di PULAU PINANG, Kah Choon menyatakan kesediaannya untuk memberi penjelasan kepada parti mengenai langkahnya menerima jawatan dalam agensi pelaburan kerajaan negeri pimpinan DAP.

''Sebelum ini saya sudah nyatakan bahawa saya akan meninggalkan arena politik dan menumpukan sepenuhnya pada tugas baru.

''Tetapi jika saya dipanggil untuk memberikan penjelasan, saya akan berikan kerjasama," katanya pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di ibu pejabat investPenang di sini hari ini.

Mac lalu, Kah Choon melepaskan semua jawatan dalam Gerakan atas rasa tanggungjawab terhadap kekalahan besar yang dialami parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.