saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 23/04/2008

Masjid baru Kampung Paya Redan dibina Mei

MELAKA 23 April - Penduduk di sekitar Kampung Paya Redan, Ayer Molek di sini akan menikmati kemudahan masjid baru yang akan dibina berhampiran kawasan penempatan penduduk bulan depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Md. Yunos Husin berkata, masjid baru itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan iaitu selewat-lewatnya siap pada penghujung tahun depan.

Menurutnya, pembinaan masjid baru itu ialah untuk menggantikan masjid lama yang agak uzur.

''Pembinaan masjid baru ini membuktikan keprihatinan kerajaan dalam menyediakan pembangunan prasarana termasuk pendidikan agama sekali gus menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi tujuan pengembangan dakwah Islamiah," katanya di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau meminta penduduk di kawasan tersebut supaya lebih kreatif menggunakan sepenuhnya kemudahan yang terdapat di masjid baru itu kelak agar pembinaannya tidak sia-sia.

Beliau yang juga Pengerusi Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri berkata, kerjasama dan keprihatinan penduduk untuk memeriahkan masjid baru itu kelak membuktikan semangat setiakawan dan silaturahim yang erat di kalangan penduduk di situ.

''Saya tidak mahu pembinaan masjid ini nanti hanya sia-sia kerana masjid dibiarkan kaku dan tidak mesra pelanggan.

''Hakikatnya, banyak aktiviti boleh dilakukan di masjid, tidak semestinya kegiatan keagamaan, aktiviti riadah seperti program belia yang berunsur pemuafakatan boleh dianjurkan demi memeriahkan fungsi masjid itu sendiri," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mengingatkan ahli jawatankuasa masjid dan surau supaya menjaga kebersihan rumah ibadat itu kerana kebersihan amat dituntut dalam Islam.

Di samping itu, beliau mahu supaya pegawai masjid merangka aktiviti dakwah serta fardu ain yang mampu menarik golongan muda khususnya lepasan sekolah untuk datang ke masjid atau surau.

''Pada masa sama, pegawai masjid perlu memastikan masjid bebas daripada aktiviti politik," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.