saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 23/04/2008

Kampung Paya Rumput Jaya, 'kampung angkat pertanian'

MELAKA 22 April - Kesungguhan penduduk Kampung Paya Rumput Jaya di sini mengusahakan pelbagai kegiatan pertanian dan penternakan menarik minat Kerajaan Negeri untuk menjadikan kampung itu sebagai 'kampung angkat pertanian'.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, komitmen penduduk kampung yang mengusahakan kegiatan pertanian sendiri tanpa mengharap bantuan sepenuhnya daripada kerajaan amat dipuji dan wajar diiktiraf.

Melalui program itu katanya, penduduk terlibat akan diberi bantuan penuh oleh agensi terlibat khususnya Jabatan Pertanian dalam membantu menampung kekurangan yang dihadapi oleh penduduk terlibat.

''Kerajaan Negeri mendapati kegiatan pertanian yang diusahakan oleh penduduk kampung ini sangat aktif biarpun mereka tidak mendapat sepenuhnya bantuan kerajaan dan agensi pertanian berkaitan.

''Segalanya mereka usahakan sendiri, oleh itu, kita berpendapat kesungguhan mereka wajar dihargai dengan mengiktiraf kampung ini sebagai projek angkat pertanian Kerajaan Negeri," katanya kepada pemberita selepas melawat aktiviti pertanian di Kampung Paya Rumput Jaya di sini hari ini.

Melalui usaha itu katanya, kegiatan pertanian yang diusahakan oleh penduduk akan dipertingkatkan dan agensi pertanian terlibat akan mengenal pasti bentuk sumbangan dan bantuan yang diperlukan oleh petani di kampung itu.

Mohamad Hidhir berkata, Kerajaan Negeri bangga dengan daya usaha petani di kampung tersebut dan ia wajar diteladani oleh petani lain yang dilihat cenderung mengharapkan bantuan kerajaan.

''Untuk terus maju, kita tidak boleh bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk membantu kita," katanya.

Selain itu katanya, kegiatan pertanian yang lebih aktif akan digerakkan di kampung terbabit sebagai persediaan untuk menyertai pertandingan Desa Wawasan peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.