saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/04/2008

Coco harap tuah album baru


KUMPULAN Coco dianggotai oleh (dari kiri), Shoun, Nine, AG dan Elle tempil dengan album terbaru, Mengintai Langit.


SETELAH hampir tiga tahun menyepi tanpa album baru, akhirnya kumpulan Coco kembali mengubati rindu para peminatnya dengan album terbaru Mengintai Langit. Mula dipasarkan pada 10 Mac lalu, album kedua kumpulan yang dianggotai oleh empat orang anak muda iaitu Nine, 26 selaku vokalis, AG, 21 (gitar utama), Shoun, 24 (bass) dan Elle, 21 (drum) itu merupakan karya mereka sendiri.

Peluang menyerlahkan bakat dan kreativiti melalui penciptaan lagu dan penulisan lirik memberikan lebih kepuasan kepada mereka.

Apatah lagi, bukan hanya satu tetapi tujuh buah lagu ciptaan mereka menjadi taruhan kepada album tersebut.

Zulqarnain Jaafar atau lebih dikenali sebagai Nine yang ditemui baru-baru ini menyatakan kelahiran album tersebut adalah sebagai come back kepada Coco setelah tiga tahun menyepi.

Mengumpul

“Menyepi bukan bermakna hilang, sebaliknya, kami menggunakan masa tersebut untuk mengumpul bahan dan mencipta lagu untuk dimuatkan ke dalam album kedua kami ini.

“Alhamdulillah, untuk album kali ini, 70 peratus daripadanya adalah hasil karya Coco dan selebihnya adalah dari komposer terkenal seperti Aidit Alfian dan Alfa Booty,” kata vokalis utama kumpulan itu lagi.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album tersebut ialah Takkan Menduakan Mu, Mengintai Ke Langit, Hilang Dalam Buram, Azimat Cintamu, Tanpa Mu, Kaku Terpaku, Aku Dengan Dirimu, Berteman Bintang dan Belum Terpisah.

Single pertama, Takkan Menduakanmu dan Mengintai Ke Langit yang merupakan single kedua Coco kini sedang rancak diputarkan di corong-corong radio tempatan dan mendapat sambutan menggalakkan dari para pendengar.

Turut diselitkan ialah sebuah lagu lama, Pilihlah Aku, nyanyian asal Latif Ibrahim yang kini diberi nafas baru serta dinyanyikan dengan cara tersendiri oleh Coco.

Popular sekitar tahun 70-an serta memiliki melodi yang indah, membuatkan lagu ciptaan komposer terkenal Ahmad Nawab itu menjadi pilihan Coco.

“Kami nyanyikan semula lagu tersebut dengan susunan muzik yang lebih segar, namun tidak mengubah struktur asal melodi lagu tersebut,” kata Nine.

Kejayaan album pertama, Kombinasi mencatat jualan melebihi 15,000 unit membuatkan kumpulan itu lebih berhati-hati dalam pemilihan lagu terutamanya dalam memastikan kepuasan kepada halwa telinga para peminat mereka.

Tambah Nine, kedatangan kumpulan-kumpulan dari luar negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini memaksa mereka mencari masa yang lebih sesuai untuk memasarkan album yang berkonsepkan pop rock itu.

Menjanjikan kematangan berbanding album pertama, kata Nine, Coco mengharapkan agar album Mengintai Langit itu mendapat sokongan padu daripada para peminat dan mampu dijadikan sebagai penyuntik semangat kepada band-band baru yang ingin bertapak dalam industri hiburan tempatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.