saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 26/04/2008

Siasat lebih lanjut kes bunuh Dr. Joe Fernandez - Koroner


Dr. Joe Fernandez


BUKIT MERTAJAM 25 April - Mahkamah Koroner di sini hari ini mengarahkan polis supaya menjalankan siasatan lanjut dan rapi berhubung pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Dr. Joe Fernandez, lapan tahun lalu berikutan tiada keputusan yang jelas.

Koroner M. Mageswari mengumumkan keputusan inkues selepas mendapati mahkamah tidak mengesyaki dan menolak kemungkinan Dr. Joe telah dibunuh akibat masalah perniagaan, politik atau perhubungan peribadi si mati dengan mana-mana pihak.

''Maka dengan ini, mahkamah mendapati penyiasatan selanjutnya dan rapi harus dilakukan oleh pihak polis. Ini adalah keputusan terbuka (open verdict)," katanya.

Mageswari membuat keputusan berikut selepas meneliti keterangan daripada lapan orang saksi termasuk percakapan amaran salah seorang suspek yang terlibat dalam rompakan Southern Bank, Petaling Jaya pada 18 Mei 2001.

Prosiding inkues tersebut bermula pada 28 Februari 2006.

Dalam keputusan tersebut, Koroner memberitahu keterangan daripada pegawai penyiasat yang merupakan saksi keempat dan terpenting menunjukkan bahawa terdapat kaitan antara pembunuhan Dr. Joe dan rompakan di Southern Bank, Petaling Jaya.

''Dalam penyiasatannya, beliau menyatakan bahawa perompak-perompak yang telah merompak Southern Bank di Petaling Jaya pada 18 Mei 2001 juga terlibat dalam pembunuhan Dr. Joe Fernandez.

''Ahli kimia dan balistik telah mengesahkan bahawa senjata api yang digunakan dalam rompakan Southern Bank dan pembunuhan Dr. Joe Fernandez adalah senjata api yang sama," kata Mageswari.

Mahkamah juga telah mengambil kira percakapan amaran salah seorang suspek yang terlibat dalam rompakan Southern Bank yang dianggap sebagai pengakuan.

Menurut percakapan amaran tersebut, suspek telah memberitahu mengenai insiden pembunuhan tersebut bagaimana dan mengapa Dr. Joe ditembak serta siapa yang melepaskan tembakan terhadap si mati.

Suspek tersebut turut menyatakan dia dan tiga orang lelaki telah mengambil bahagian dalam rancangan dan membunuh Dr. Joe yang mana dua orang daripada mereka telah mati ditembak semasa merompak Southern Bank.

Terdahulu, mahkamah memaklumkan, saksi pertama prosiding tersebut telah memberi keterangan menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Ong yang melihat dua orang lelaki menaiki motosikal telah melepaskan tembakan ke atas kenderaan jenis Nissan Terrano yang dipandu oleh si mati dan melarikan diri ke arah Sungai Rambai.

Saksi kelima yang merupakan pakar patologi, Datuk Dr. Bupinder Singh telah mengesahkan bahawa mendiang telah meninggal akibat tembakan di kepala.

Pada 4 November 2000, kira-kira pukul 1.30 petang, Dr. Joe yang dalam perjalanan pulang ke rumah telah ditembak oleh dua lelaki ketika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di persimpangan Jalan Maju dan Jalan Harapan dekat Bukit Mertajam di sini.

Dalam kejadian tersebut, Fernandez yang sedang memandu kereta seorang diri telah ditembak dua kali di kepala dan sekali di lengan kanannya dan meninggal dunia kira-kira setengah jam kemudian.

Laporan bedah siasat menunjukkan mendiang meninggal dunia akibat kecederaan teruk di kepala dan mangsa ditembak dengan pistol jenis .38.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.