saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 26/04/2008

Sivakumar Speaker DUN Perak

IPOH 25 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tronoh, V. Sivakumar dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang ke-12 hari ini.

Pemilihan Sivakumar dari DAP dibuat secara undi sulit dengan beliau memperoleh 31 undi mengalahkan Datuk Junus Wahid dari Barisan Nasional (BN) yang mendapat 28 undi.

Pencalonan Sivakumar dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sementara pencalonan Junus dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali.

Pada masa sama, ADUN Jelapang, Hee Yit Foong juga dari DAP dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua DUN Perak.

Ini adalah kali pertama jawatan tertinggi dalam DUN Perak dipegang oleh dua orang bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

Pemilihan Sivakumar, 38, dan Yit Foong, 45, sebagai Speaker dan Timbalan Speaker juga merupakan satu sejarah tersendiri kerana Sivakumar bakal menjadi orang India pertama yang dilantik mengisi jawatan itu.

Yit Foong pula dipercayai golongan orang kurang upaya (OKU) pertama terpilih sebagai Timbalan Speaker Perak.

Beliau yang tempang selepas diserang penyakit polio ketika berusia empat tahun juga bakal menjadi wanita pertama memegang jawatan itu di Perak.

Sementara itu, semua 59 ADUN Perak mengangkat sumpah jawatan masing-masing di hadapan Sivakumar dengan didahului oleh Mohammad Nizar.

Persidangan itu adalah yang pertama selepas kerajaan campuran pembangkang ditubuhkan hasil gabungan DAP yang memenangi 18 kerusi, Pas (6) dan Parti Keadilan Rakyat (7) pada pilihan raya umum lepas manakala Barisan Nasional (BN) hanya menang 28 kerusi.

Dalam pada itu, Mohd. Tajol Rosli yang merupakan Pengerusi BN Perak pada sidang akhbar selepas itu memberi amaran agar semua wakil rakyat parti itu sentiasa bersatu dan berdiri teguh dalam menangani apa juga isu rakyat.

Katanya, hal itu sangat penting kerana mereka perlu bekerjasama dalam apa juga keadaan dan sensitif terhadap keperluan masing-masing.

''Kita (BN) kalah melalui proses demokrasi dan berharap untuk menang semula juga melalui proses yang sama, kita ada masa empat tahun lagi.

''Apa yang penting sekarang, semua parti komponen BN mesti melaksanakan segala strategi yang diatur,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.