saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 27/04/2008

Kes Dr. Joe Fernandez ditutup - Musa

JOHOR BAHRU 26 April - Melainkan ada saksi atau petunjuk baru dalam kes pembunuhan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Dr. Joe Fernandez, polis menganggap kes itu sebagai telah ditutup, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Beliau berkata, tanpa saksi atau petunjuk baru, polis tidak dapat mendakwa di mahkamah orang yang melakukan perbuatan itu.

"Kes ini sudah selesai melainkan ada saksi yang tampil dan memberitahu dia ada melihat kejadian itu. Saya tidak boleh menggunakan kenyataan oleh seseorang tertuduh untuk mendakwanya di mahkamah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai arahan mahkamah koroner supaya polis meneruskan siasatan bagi mengenal pasti pembunuh dan memastikan motif pembunuhan itu.

Musa berkata, sepucuk pistol telahpun ditemui dan ujian balistik membuktikan bahawa senjata itu digunakan untuk membunuh Dr. Fernandez, 54, tetapi ia hanya merupakan keterangan forensik sahaja.

Koroner M. Mageswari, ketika mengumumkan open verdict pada akhir inkues kes pembunuhan itu di Bukit Mertajam semalam, berkata, polis perlu mengenal pasti pembunuh terbabit selain motif pembunuhan itu.

Mageswari berkata, kes itu perlu disiasat selanjutnya dan rapi memandangkan pegawai penyiasat dalam keterangannya berkata, seorang suspek kes rompakan di Southern Bank, Petaling Jaya pada 18 Mei, 2001, dalam kenyataan beramarannya mengakui bahawa dia dan tiga rakannya merancang untuk membunuh Dr. Fernandez.

- Bernama

Memandangkan dua rakan suspek terbunuh dalam rompakan itu, tiada saksi lain dalam kes pembunuhan Dr. Fernandez.

Dr. Fernandez, yang juga Timbalan Pengerusi MIC Kedah, mati ditembak dalam kejadian di Jalan Maju, Bukit Mertajam ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Bukit kira-kira 2.30 petang pada 4 November 2000.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.