saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 27/04/2008

Operasi kesan asap kenderaan berlebihan

SEREMBAN 26 April - Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengadakan operasi penguatkuasaan kawalan pelepasan asap daripada kenderaan diesel dan petrol di sepanjang lebuh raya dan jalan raya utama di seluruh negeri selama empat hari mulai Isnin ini.

Pengarah JAS Negeri Sembilan, S. Sivanathiran berkata, operasi serentak di seluruh negara itu antara lain bertujuan mengesan kenderaan diesel dan petrol yang melepaskan asap berlebihan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Beliau berkata, penguatkuasaan dijalankan dalam dua cara iaitu melalui operasi statik dan rondaan.

"Dalam operasi ini, kami mendapat kerjasama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kenderaan yang disyaki melepaskan asap berlebihan akan ditahan dan ujian asap dilakukan dengan menggunakan meter asap bagi kenderaan diesel atau CO/HC Analyzer bagi kenderaan berenjin petrol," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi membantu pemandu dan pemilik kenderaan mengetahui tahap pelepasan asap kenderaan mereka, sebanyak 49 pusat kemudahan untuk memeriksa tahap asap yang dilepaskan telah diwujudkan di seluruh negara.

- Bernama

Beliau berkata, daripada 66 operasi yang dijalankan di Negeri Sembilan pada tahun lepas, sebanyak 299 pemandu dan pemilik kenderaan dikompaun kerana kesalahan pelepasan asap berlebihan.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.