saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/04/2008

Undang-undang elak status sawah ditukar

KOTA BHARU 27 April - Kementerian Pertanian dan Asas Tani bercadang untuk merangka undang-undang khas bagi mengelak tanah sawah daripada berterusan ditukar statusnya bagi kegunaan lain.

Menterinya, Datuk Mustapa Mohamed berkata, sehingga kini terdapat seluas 670,000 hektar tanah sawah padi di seluruh negara dan ia semakin berkurangan pada setiap tahun.

Menurut beliau, kementerian telah menerima cadangan daripada beberapa pihak supaya undang-undang tersebut digubal bagi memastikan sawah padi tidak dibangunkan dengan sewenang-wenangnya.

Beliau berkata, ia sejajar dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran beras bagi menampung keperluan makanan negara yang kini sedang menuju ke arah krisis.

Katanya, cadangan tersebut masih di peringkat kementerian dan ia dalam proses kajian sebelum di bawa ke peringkat tertinggi.

"Kita hanya ada peraturan untuk tidak menggalakkan penukaran status tanah sawah padi tetapi masih belum ada undang-undang untuk menghalang tindakan tersebut.

"Saya menyeru kepada kerajaan negeri supaya tidak menukar status tanah sewenang-wenangnya bagi mengelakkan kawasan padi semakin berkurangan untuk menampung keperluan makanan dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek Ladang Merdeka Padi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di Mulong Lating, dekat sini hari ini. Turut hadir, Pengerusi Kada, Datuk Seri Annuar Musa.

Katanya, di beberapa negeri termasuk di Kelantan, banyak perumahan telah dibangunkan di atas tanah tersebut sedangkan kerajaan terus menyediakan pelbagai kemudahan asas untuk menggalakkan penanaman berterusan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan negeri supaya berhati-hati tidak begitu mudah mengubah syarat kepada kegunaan lain demi masa depan generasi akan datang.

"Berdasarkan maklumat, kita mendapati kira-kira tiga peratus iaitu masing-masing 1,000 hektar tanah dari keseluruhan kawasan Kada dan 3,000 hektar di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) telah ditukar milik," katanya.

Dalam pada itu, Mustapa turut mengingatkan para peniaga supaya tidak menaikkan harga beras sewenang-wenangnya bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

"Kerajaan sedaya upaya hendak bendung kenaikan beras tetapi rakyat harus sedar kita tidak ada kuasa untuk bendung kenaikan harga beras di luar negara seperti di Vietnam dan Thailand," jelasnya.

Katanya, kementerian tersebut menerima laporan berhubung penyeludupan beras dari negara ini ke Thailand tetapi ia merupakan kes terpencil.

"Memang ada kita menerima laporan tetapi kes ini amat kecil. Lagi pun tidak pernah terjadi dalam sejarah beras di Kelantan lebih murah dari Thailand, cuma ada gred-gred tertentu saja yang agak rendah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.