saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 28/04/2008

Ketua Pemuda MIC Kota Raja dibunuh

29/04/2008 12:32am

SHAH ALAM 28 April - Ketua Pemuda MIC Bahagian Kota Raja, S. Selvadhurai, 42, ditemui mati dipercayai dibelasah sekumpulan penjenayah dalam satu kejadian samun di Seksyen 25, Seri Muda, di sini malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa yang difahamkan turut bekerja sebagai ejen insurans baru mengeluarkan wang daripada mesin ATM di sebuah bank berhampiran pejabat isterinya di kawasan itu.

Ketika kejadian, mangsa ditemani isterinya pergi ke bank itu untuk mengeluarkan wang sebelum ke pejabat isterinya selepas itu.

Utusan Malaysia difahamkan, sekumpulan penjenayah mengekori pasangan itu apabila kedua-duanya meninggalkan mesin ATM di bank tersebut.

Mangsa kemudiannya dibelasah penjenayah terbabit, manakala isterinya sempat melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai yang berada di situ.

Bagaimanapun, mangsa yang dibelasah teruk ditemui sudah meninggal dunia oleh orang ramai dengan kesan kecederaan di muka selain dipercayai dijerut.

Penjenayah pula dipercayai melarikan diri dengan menggunakan kenderaan diletakkan tidak jauh dari situ.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan jumlah wang tunai yang disamun penjenayah terbabit, manakala mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Nor Azam Jamaluddin yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan, polis menerima laporan sebaik sahaja kejadian itu berlaku.

``Polis menerima maklumat daripada orang awam dan siasatan awal mendapati mangsa adalah lelaki.

``Kami masih menjalankan siasatan apa sebenarnya yang berlaku, manakala gerakan memburu penjenayah sudah dijalankan," katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut beliau, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada mangsa adalah Ketua Pemuda MIC Bahagian Kota Raja seperti didakwa kerana perlukan pengesahan pihak berkaitan.

Beliau juga tidak memaklumkan sebarang penemuan senjata digunakan dalam pembunuhan itu dan siapa yang sudah diambil keterangan berkaitan kes terbabit.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.