saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 28/04/2008

Pesta Kalimaran disambut setiap 31 Mac

TENOM 27 April - Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri menetapkan Pesta Kalimaran disambut pada setiap 31 Mac, bagi membolehkan promosi kepada pelancong asing dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Menterinya, Datuk Masidi Manjun berkata, penetapan tarikh yang agak lewat sebelum ini, menyukarkan pihak penganjur termasuk kerajaan negeri mempromosikannya melalui pengedaran kalendar pelancongan.

Menurut beliau, kementerian pada masa yang sama menetapkan supaya tapak pesta itu yang diadakan di Pusat Kebudayaan Murut tidak diubah kerana dianggap sesuai dan strategik.

''Terdapat permintaan untuk mengilir-gilirkan pusat pelancaran itu di kawasan-kawasan majoriti masyarakat itu, tetapi ia tidak relevan kerana terdapat permintaan daripada agensi pelancongan yang mahu satu penetapan tarikh dan tapak pesta dimuatkan dalam kalendar pakej pelancongan.

''Kita minta pihak Persatuan Murut Sabah supaya mengadakan lebih banyak perbincangan dengan kementerian kerana kalau boleh kita mahu mendapatkan penyertaan daripada masyarakat suku Murut lain untuk menyumbang seni budaya mereka bagi tujuan menambah baik pengisian sambutan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis perasmian Pesta Kalimaran 2008 yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di sini semalam. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong, Datuk Rubin Balang.

Masidi berkata, industri pelancongan adalah satu bidang penting dalam membantu melonjak ekonomi negeri dan kegiatan persembahan seni budaya melalui pesta-pesta masyarakat Sabah merupakan antara daya tarikan tersendiri.

Selain itu, katanya, produk pelancongan seperti kraf tangan, makanan tradisi juga perlu diketengahkan secara lebih komersial dengan meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran.

''Kita dalam sektor pelancongan telah berjaya meningkatkan kedatangan pelancong asing ke negeri ini sebanyak 30.5 peratus sepanjang tahun lalu dan kita mahu meningkatkan lebih banyak tahun ini," katanya.

Tambah beliau, sebagai sebuah negeri yang kaya dengan seni budaya dan sumber alam semula jadi, sepatutnya mampu menarik lebih ramai pelancong asing yang sememangnya gemar melalui pengalaman berbeza berbanding apa yang terdapat di negara mereka.

Ditanya kemungkinan peruntukan tidak mencukupi untuk memastikan Pesta Kalimaran benar-benar berjaya, Masidi berkata, kerajaan negeri melalui Lembaga Kebudayaan Sabah pada asasnya telah menyalur peruntukan sebanyak RM120,000 dan berharap lebih banyak pihak membantu selepas ini.

Menyentuh perkara lain, Masidi berharap kerja-kerja membaik pulih kerosakan landasan kereta api yang tergelincir ke Sungai Padas, baru-baru ini, dapat diperbaiki secepat mungkin bagi membolehkan pelancong melakukan aktiviti meredah jeram.

Sebelum ini, pelancong menaiki kereta api untuk ke stesen Pangi bagi aktiviti meredah jeram sebelum tamat di stesen Rayoh dan kembali ke Beaufort.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.