saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 28/04/2008

Laman dalam rumah


batu sungai, pancuran air tiga tingkat dan pokok bunga merupakan tiga elemen penting menghiasi taman dalam rumah Balkis.


KETENANGAN inilah yang dicari bagi kehidupan berkeluarga, kata seorang guru tuisyen, Balkis Ahmad, 29.Walaupun agak jauh dari kota raya, suasana yang masih kedesaan, dengan kabus di pagi hari dan suasana sunyi, damai serta semangat kejiranan yang masih menebal, telah membuatkannya memilih untuk menetap di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor.

Kali pertama melihat rumah setingkat berlaman dalam (courtyard) yang mahu dijual itu, hatinya terus berkenan.

''Pada waktu itu pula saya sedang sarat mengandung anak kedua. Apabila hati berkenan, terus beli, walaupun terdapat bantahan daripada keluarga dan rakan-rakan kerana lokasi yang jauh.

''Namun saya tetap dengan pendirian. Di Lembah Klang mana nak dapat rumah sebegini luas, 1,950 kaki persegi dan mempunyai laman di dalamnya dengan harga hanya RM92,000,'' katanya ketika ditemui di kediamannya baru-baru ini.

Menurut bekas penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim dalam jurusan Matematik dan Bahasa Inggeris, pada tahun 2004 rumah ini didiami tanpa sebarang pengubahsuaian.

''Saya dan suami menghias rumah idaman ini sedikit demi sedikit, bermula dengan laman di dalam yang menjadi titik tumpu apabila memasuki rumah ini.

''Kami menghias dengan meletakkan kolam ikan berpancuran tingkat tiga dan dihias batu-batu sungai dan marmar di lantainya.

''Di sudutnya pula kami letakkan koleksi pasu sayong, sesuailah dengan asal saya dari Perak. Berhampirannya, sepasu bunga ros tiga warna iaitu putih, merah dan kuning bagi menceriakan ruang tersebut.

''Di atas para-para pula digantung dengan pokok-pokok berjurai manakala di belakang kolam, rimbunan pokok-pokok menghijau menghidupkan laman tersebut seolah-olah rimba di dalam rumah.

''Di sinilah juga tempat kegemaran kami sekeluarga, apabila malam saya sering duduk berehat sambil minum bagi menghilangkan keletihan selepas seharian bekerja.

''Saya rasa tenang dan relaks mendengar deruan air dan melihat ikan-ikan koi berenang-renang,'' ujarnya panjang lebar.

Kedudukan laman dalam rumah yang boleh ditembusi dari bilik tidur utama dan ruang menonton turut memberi suasana unik pada kediaman tersebut.

''Bukan sekadar laman dalaman dihias, di luar juga tidak ketinggalan. Dua pokok buluh ditanam bagi menghidup suasana seakan-akan taman Jepun. Di bawahnya dihiasi dengan lampu taman Jepun dan batu-batu sungai.

''Di laman sebelah pula diletakkan perabot laman berwarna putih dan sepasu pokok bonsai yang berdaun pelbagai warna, menghidupkan suasana yang menceriakan,'' kata isteri kepada pemilik syarikat pengurup wang, Akhbar Ali Jinnah, 34.

Apabila ditanya mengenai konsep kediamannya, Balkis memberitahu, sebenarnya rumah ini banyak konsep.

''Ruang tamu, saya terapkan konsep Inggeris dengan sofa yang berbunga. Manakala ruang menonton, konsep Bali manakala ruang makan, Oriental.

''Kami sebenarnya baru siap membuat pengubahsuaian dapur dan bilik air. Saya menambah sedikit dapur basah dan menukar jubin di bilik air supaya nampak lebih kontemporari,'' ujar ibu kepada dua orang anak, Muhammad Irfan Akhbar, 6, dan Nur Mirza Nazirah,4.

Tambah beliau, jubin warna coklat di dapur dipilih kerana ia nampak serasi dengan kabinet dapur.

''Bahagian dapur basah pula dibuat tidak sama aras (split level), ada dua anak tangga naik ke atas bagi membezakan dapur kering dan basah. Jubinnya pula coklat dan putih,'' katanya.

Tambahnya, bilik air kedua pula diubah pintunya. Jika dahulu pintunya menghadap ruang makan tetapi telah diubah ke dalam dapur. Manakala bilik air di bilik utama pula turut dibuat pengubahsuaian dengan menggunakan pintu kaca bercorak.

Ditanya di mana mendapat idea dalam menghias rumah, Balkis menjelaskan, ia semuanya idea sendiri dan ada juga merujuk majalah.

Walaupun telah melakukan pengubahsuaian, namun beliau masih belum berpuas hati dengan rumah ini.

"Banyak lagi belum diubah seperti siling lepai, ganti pagar di luar dan mungkin akan menambah setingkat lagi apabila keluarga bertambah,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.