saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 28/04/2008

Mewah di meja makan


MEWAH dan klasik... Norhana YUSOF MENUNJUKKAN PINGGAN NASI GEORGIAN COBALT, Aynsley YANG BERHARGA HAMPIR rm2,800 SEBUAH.


BAGI penggemar gaya kedesaan Inggeris, pasti kediamannya bukan sahaja dipenuhi dengan perabot dan hiasan dalaman yang kena dengan konsep tetapi juga pinggan mangkuk juga harus mempunyai corak yang sama supaya ia senada.Nama-nama jenama pinggan mangkuk yang terkenal sejak kurun ke-18 seperti Aynsley, Spode, Wedgwood, Royal Dolton dan Burleigh yang semuanya dari United Kingdom (UK), pasti menjadi pilihan mereka.

Sejarah, kualiti, keunikan dan corak yang klasik iaitu kedesaan Inggeris dan kontemporari pada pinggan mangkuk inilah penyebab utama ia menjadi rebutan kepada penggemar pinggan mangkuk.

Pinggan mangkuk itu digilai kerana coraknya yang klasik, malah sering dikeluar semula walaupun corak yang dibuat pada kurun permulaan pembuatannya.

Lebih menarik lagi proses pembuatannya masih mengekalkan cara tradisi iaitu buatan tangan.

Oleh kerana terdapat banyak permintaan terutamanya penggemar gaya kedesaan Inggeris, Istipintar Sdn. Bhd., pengedar dan agen tunggal jenama pinggan mangkuk Aynsley di Malaysia, telah mengambil inisiatif sendiri membawa masuk jenama ini.

Pengarahnya, Norhana Yusof, 42, berkata, semuanya kerana minat terhadap pinggan mangkuk ini dan ia bermula semasa beliau menetap di UK selama 12 tahun.

"Saya dan suami memang minat dengan pinggan mangkuk gaya Inggeris kerana ia cantik, klasik dan berkualiti. Justeru, semasa di sana kami menjalankan perniagaan kecil-kecilan iaitu sesama ahli keluarga di Malaysia sahaja.

"Namun, apabila mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia, hati terdetik, kenapa tidak meneruskan perniagaan ini kerana permintaannya memang ada.

" Akhirnya, sekembali kami ke Malaysia, saya, suami, abang dan kakak ipar mula berbincang untuk membuka sebuah syarikat yang menjual pinggan mangkuk gaya kedesaan Inggeris,'' katanya ketika ditemui di kedai yang dinamakan Serendipity di Sri Hartamas, baru-baru ini.

Sehubungan itu, menurutnya, mereka telah mendapatkan hak pengedar tunggal daripada pengeluar Aynsley, salah satu pengeluar pinggan mangkuk tertua di UK, untuk dipasarkan di Malaysia.

"Aynsley sememangnya terkenal di UK malah di seluruh dunia, tetapi untuk mendapatkannya di sini agak sukar kerana tiada pengedar tunggal. Itulah sebabnya kami memilih produk yang telah dibuat sejak tahun 1773 ini.

"Ia bukan sahaja dikenali dengan corak yang menarik, malah berkualiti dan nilai yang ada pada produknya iaitu fine bone China menyerlahkan meja makan iaitu lebih elegan, mewah dan kontemporari.

"Pinggan mangkuk Aynsley diperbuat daripada 52 peratus serbuk tulang lembu dan tanah liat, bahkan telah mendapat sijil halal yang dikeluarkan oleh agensi seperti Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim) di UK.

"Justeru, masyarakat Islam tidak perlu was-was untuk membeli pinggan mangkuk ini,'' katanya.

Ditanya apakah perbezaan yang ketara Aynsley dengan pinggan mangkuk yang lain, Norhana berkata, ia tebal tetapi apabila dilihat ke arah cahaya, boleh nampak bayang-bayang di bawahnya.

Paling unik ialah warnanya yang putih bersih kerana kandungan serbuk tulang lembu di dalamnya.

Ibu kepada empat orang cahayamata yang berusia empat hingga 15 tahun ini menerangkan, pengeluar Aynsley adalah antara syarikat yang masih menggunakan teknik mengukir di atas logam dengan menggunakan asid (acid etch) pada pinggan mangkuknya yang boleh mewujudkan gaya mewah.

"Koleksi acid etch ini dinamakan fine dining yang sesuai untuk acara formal. Penggunaan emas 24 karat dan platinum yang berkualiti dalam pembuatannya adalah ciri mewah yang terdapat pada produk ini. Harganya boleh mencecah hingga RM2,800 untuk satu pinggan nasi.

"Namun, ia turut mengeluarkan produk yang lebih mampu dibeli malah untuk dipakai basahan iaitu casual dining.

"Ia mempunyai corak yang lebih pelbagai seperti flora, buah-buahan yang boleh dibasuh di dalam mesin basuh pinggan dan sesuai untuk ketuhar mikro. Harganya cuma untuk set empat orang makan di bawah RM2,000.

"Set casual dining ini akan mula dijual di pusat beli belah Sogo, Isetan (KLCC) dan sedang dalam perbincangan akhir dengan Metrojaya,'' jelas siswazah juruukur bangunan, University Southbank, UK.

Selain Aynsley, kata wanita manis ini, Serendipity turut menjual produk Spode dan Burleigh.

Burleigh lebih kepada corak antik dan tradisional Inggeris, manakala Spode yang lebih dikenali dengan warna biru dan putih adalah pengaruh daripada tembikar dan seramik dari China.

Bagi peminat pinggan mangkuk gaya Inggeris boleh berkunjung ke Blok M-1-16, Plaza Damas, 60, Jalan Sri Hartamas 1 atau menghubungi 03-62039005.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.