saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 30/04/2008

Bas percuma kurang sambutan dihentikan

SEREMBAN 29 April - Majlis Perbandaran Seremban (MPS) akan menamatkan perkhidmatan bas perantara percuma kepada orang ramai di bandar ini mulai 1 Mei ini berikutan kurang sambutan setelah enam bulan beroperasi.

Menurut Yang Dipertua MPS, Datuk Abd. Halim Abd. Latif, perkhidmatan bas percuma itu bermula pada 1 Oktober 2007 didapati ternyata kurang mendapat sambutan di kalangan warga Seremban.

Katanya, pada awalnya, perkhidmatan bas percuma itu diharapkan menjadi pelengkap kepada sistem pengangkutan sedia ada serta menggalakkan orang ramai menggunakan bas awam di tempat sibuk dan seterusnya mengurangkan kesesakan jalan raya.

''Sejak dilancarkan, MPS menetapkan tempoh percubaan selama enam bulan sebelum membolehkan ia beroperasi sepenuhnya, namun setelah didapati sambutan tidak menggalakkan, pentadbiran majlis memutuskan agar ia diberhentikan pada 1 Mei ini,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Menurut Abd. Halim, penamatan bas perantara percuma itu bagaimanapun belum muktamad memandangkan pihaknya bersedia untuk mempertimbangkan perkhidmatannya semula pada masa depan jika ada keperluan.

''Pihak MPS akan terus meneliti dari semasa ke semasa dan bersedia untuk mengadakan semula khidmat bas ini pada masa akan datang jika ada permintaan atau keperluan tertentu,'' katanya.

Sebelum ini, MPS muncul sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang mengambil inisiatif menyediakan khidmat bas perantara percuma untuk memudahkan masyarakat setempat berurusan.

Perkhidmatan yang menggunakan dua buah bas itu beroperasi bermula pukul 6.30 pagi hingga 8 malam dan bermula di Terminal 1 melalui Jalan Sungai Ujong, Muzium Negeri Sembilan-Taman Budaya-Era Walk-Pejabat Pos Utara-MPS, Taman Tasik Seremban-Stesen Komuter dan kembali semula ke Terminal 1.

Laluan bas tersebut juga menghubungkan beberapa tarikan pelancongan di bandar ini seperti Muzium Negeri Sembilan, Taman Budaya, Taman Tasik dan Pusat Kraftangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.