saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 30/04/2008

Ian Udani juara Kejohanan Chessmaster MBJB

JOHOR BAHRU 29 April - Buat kali keduanya, pemain Filipina mengungguli Kejohanan Chessmaster Bandaraya Johor Bahru 2008 yang dianjurkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini baru-baru ini.

Jika dahulu rakan senegaranya, Julio Sadorr, 21, telah dinobatkan sebagai juara kejohanan yang sama, kini ia menjadi milik Ian Udani, 30.

Kejohanan yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan di sini menyaksikan pemain catur sepenuh masa itu berjaya mengalahkan lebih 100 pemain daripada pelbagai negara bagi merangkul gelaran tersebut.

Kemenangan itu membolehkan Udani membawa pulang wang tunai RM1,500 dan Piala Pusingan Datuk Bandar, Datuk Mohd. Naim Nasir yang turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Sementara itu, Udani ketika ditemui memberitahu kemenangannya itu adalah disebabkan oleh tumpuan dan azamnya yang kuat untuk menang selain persekitaran tempat perlawanan yang selesa dan tenteram.

"Saya berpuas hati dengan penganjuran kejohanan ini yang dapat mencungkil bakat muda di dalam sukan catur ini," katanya yang mengetahui kejohanan tersebut melalui Internet.

Seramai 266 orang peserta yang terdiri daripada peserta dari dalam dan luar negara seperti Australia, Filipina, Vietnam, India, Hong Kong telah menyertai pertandingan anjuran MBJB untuk kali kedua.

Dalam kejohanan tersebut, tempat kedua pula disandang oleh anggota Polis Diraja Malaysia, Ismal Ahmad, 35, yang menerima wang tunai RM1,000, piala dan sijil manakala tempat ketiga yang menawarkan wang tunai RM700, pingat dan sijil pula telah dirangkul oleh peserta dari Kelantan, Im Mas Hafizul, 28.

Bagi kategori bawah 12 tahun pula, peserta dari Selangor, Nur Nabila Azman, 11, menjuarai kategori tersebut dan membawa pulang wang tunai RM200, piala dan sijil sekali gus menewaskan pencabarnya, peserta dari Melaka, Mohd. Hakimi Mazlan, 10, yang hanya berpuas hati di tempat kedua dan memenangi wang tunai RM150, piala dan sijil.

Johan bagi kategori bawah 16 tahun pula dirangkul oleh Mohd. Nabil Azman, 15, dari Selangor, naib johan pula disandang oleh See Kai Long, 15, dari Segamat dan Chai Juan Zhe, 15, dari Kulai di tempat ketiga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.