saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 01/05/2008

Penduduk bimbang kesan pencemaran kilang kelapa sawit


Sungai Ambual bakal dicemar apabila kilang kelapa sawit dibina di hulu sungai tersebut.


KENINGAU 30 April - Kira-kira 2,000 penduduk di sini, melahirkan kebimbangan terhadap risiko pencemaran air apabila kilang memproses kelapa sawit yang dibina di kawasan Sunggala di Hulu Sungai Ambual siap kelak.

Mereka yang tinggal di Kampung Ambual, Pantai Baru dan Megatang di Mukim Seberang Sook itu turut mendakwa pembinaan kilang sawit itu pada masa ini, telah menyebabkan beberapa anak sungai cetek dan hampir tertimbus.

Jurucakap penduduk, Garius Pukin, 48, berkata, Sungai Ambual selama ini bukan sahaja menjadi sumber bekalan air bersih kepada penduduk di kawasan terbabit tetapi juga sumber pengairan sawah petani seluas kira-kira 188 hektar.

Selain itu, katanya, sungai itu juga menjadi sumber air bagi ternakan ikan air tawar penduduk Kampung Kasigui dan sekitarnya.

Garius yang merupakan Pengerusi Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Ambual berkata, tinjauan ke tapak kilang itu pada pertengahan tahun lalu, mendapati antara punca sungai itu keruh dan berkeladak disebabkan kerja-kerja merata dan menimbus tanah di kawasan itu.

''Selepas tinjauan itu, kami telah memaklumkan kepada Pejabat Daerah Kecil Sook termasuk beberapa pemimpin politik kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, namun tidak ada tindakan yang diambil," katanya.

Beliau berkata, kebimbangan penduduk ada asasnya kerana mereka merupakan pengguna utama air sungai tersebut sejak dahulu lagi di mana keadaan sungai itu sebelum ini, bebas daripada sebarang pencemaran.

Katanya, masalah tersebut sepatutnya diberi perhatian oleh agensi yang berkaitan kerana melibatkan pencemaran alam sekitar serta mengancam mata pencarian penduduk.

"Pada masa ini, bangunan kilang sedang dibina dan masih ada kesempatan bagi pihak berkenaan untuk membincangkan keperluan memindahkannya sebelum beroperasi kelak.

''Jika tidak, kerajaan akan lebih sukar menyelesai tuntutan penduduk terhadap masalah yang ada," katanya.

Garius mengakui pembinaan kilang tersebut turut mempunyai kebaikan kerana bakal membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat tetapi sepatutnya kesan sampingan turut diambil kira.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Alam Sekitar supaya turun padang melihat keadaan sebenar sebelum membenarkan kilang tersebut dibina dan beroperasi di kawasan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.