saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 03/05/2008

UMNO-Pas perlu bersatu

JOHOR BAHRU 2 Mei - UMNO dan Pas perlu mencari formula untuk bersatu bagi menjayakan program-program 'menyelamatkan' orang Melayu dalam isu-isu tertentu tanpa mengorbankan fahaman politik masing-masing.

Felo Utama Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac), Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady berkata, jika dua parti terbesar yang mewakili orang Melayu itu tidak mempunyai kematangan untuk berbuat demikian, maka tidak mustahil kekuasaan Melayu akan hilang dalam tempoh 10 tahun lagi.

"Formula itu ialah untuk bekerja dan dalam konteks perpaduan orang Melayu, maka tidak perlu UMNO dan Pas meleburkan identiti masing-masing tetapi cuba bersama-sama demi kebaikan orang Melayu dengan ikhlas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri pembentangan kertas kerja pada Kongres Permuafakatan Melayu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Muhammad Uthman berkata, langkah itu penting dan boleh dilakukan kerana perpecahan orang Melayu kini boleh dianggap kritikal hingga merugikan bangsa itu sendiri.

Beliau berkata, ia boleh dijayakan dengan kematangan politik, kejujuran dan keikhlasan dengan berlandaskan ajaran Islam dan bukan secara emosional.

Menurutnya, sejarah telah membuktikan ia boleh berlaku seperti pada peristiwa 13 Mei 1969, Melayu bersatu untuk melawan komunis dan sebagainya.

Katanya, semua pihak perlu mengambil berat terhadap usaha mempertahankan kedaulatan Melayu, hak keistimewaan dan Islam sebagai agama rasmi selain isu-isu berkaitan yang mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, bekas Wakil Khas Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Razali Ismail berkata, orang Melayu perlu memaksimumkan hasil yang boleh diperoleh menerusi hak-hak istimewa orang Melayu itu.

Antaranya, jelas beliau, dengan cara meningkatkan kemodenan orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk sistem pendidikan.

"Dengan cara itu umat Melayu akan dihormati oleh semua sama ada di dalam dan luar negara, lebih-lebih lagi kini orang Melayu perlu bersedia menghadapi arus globalisasi," ujarnya.

Pengarah Urusan Gerbang Perdana Sdn. Bhd., Datuk Yahya A. Jalil pula berkata, Dasar Ekonomi Baru (DEB) perlu diteruskan bagi memastikan ekonomi Melayu berkembang tanpa mengenepikan kepentingan kaum lain.

"Ia perlu diperkukuh dan diperkemaskan dengan sasaran baru supaya ekonomi orang Melayu menjadi kuat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.