saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 03/05/2008

Melayu jangan jadi gajah sarkas

JOHOR BAHRU 2 Mei - Orang Melayu diingatkan supaya tidak menjadi seperti gajah sarkas yang hanya mengikut telunjuk jurulatih hingga hilang kekuatan yang ada pada dirinya.

Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, apabila orang Melayu menjadi gajah sarkas ia akan hilang kekuatan kerana mindanya dijajah walaupun pun badannya gagah sehingga ia terlupa kekuatan yang ada kerana telah biasa diberi makan tanpa bersusah payah mencari makanan sendiri.

"Kalau kita menonton pertunjukan sarkas, gajah itu jika disuruh berlakon, maka ia akan berlakon. Apa juga persembahan yang diarahkan, gajah berkenaan akan mempersembahkan seperti yang dilatih, walaupun kakinya dirantai dengan rantai yang kecil, tetapi dia tidak tahu kekuatannya," katanya.

Muhammad Ali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp.) berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kedaulatan Ekonomi Melayu.

Beliau berkata, berbeza dengan gajah liar di hutan, mereka bebas dan tahu kekuatan diri untuk hidup.

"Jadi, kita kena bebaskan rantai-rantai yang mengikat dan menjajah orang Melayu walaupun rantai-rantai itu kecil. Gajah sepatutnya menjadi gagah yang perkasa dan begitu jugalah orang Melayu.

"Mereka (orang Melayu) sebenarnya gagah dan perkasa tetapi tidak mengetahui kekuatan mereka yang perlu digunakan untuk orang Melayu," katanya.

Beliau berkata, kedaulatan ekonomi Melayu tidak akan berjaya dan sempurna dibentuk selagi kaum itu tidak berjaya memperkenalkan satu pendekatan alternatif kepada kapitalisme liar tanpa mengenepikan dinamisme sistem tersebut.

Jelasnya, ciri-ciri dinamis sistem persaingan pasaran apabila digandingkan dengan institusi wafaq korporat dan dikendalikan berlandaskan prinsip 'Jihad Bisnes' akan berupaya membendung impak kapitalisme liar dan rakus.

"Penguasaan ekonomi sebenarnya menuntut bangsa Melayu segera membina critical mass, barisan GLC (syarikat milik kerajaan) dan korporat-korporat waqaf yang mempunyai kedudukan bisnes strategik dalam sistem ekonomi," katanya.

Muhammad Ali berpendapat, konsep 'Jihad Bisnes' berupaya menggembling kekuatan ekonomi semua di samping mengembangkan ekonomi negara serta memacu pertumbuhan pesat seharusnya dibudayakan dan dimasyarakatkan secara meluas.

"Jika diamati dan JCorp sendiri telah melakukannya agenda Jihad Bisnes apabila digandingkan dengan pembaharuan institusi menerusi konsep 'Waqaf Korporat' diyakini dapat dijadikan benteng utama kekuatan ekonomi bangsa, selain mencapai keseimbangan kuasa ekonomi supaya lebih adil dan tidak berat sebelah serta memihak hanya kepada mereka yang kaya dan berpengaruh," katanya.

Justeru, beliau berharap, kongres tersebut dapat menerima konsep Jihad Bisnes sebagai strategi untuk mendaulatkan ekonomi bangsa Melayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.