saya nak baca ..

RENCANA SUKAN


ARKIB : 03/05/2008

Paralimpiad ke-14 cungkil bakat baru OKU


meriah... Kemeriahan Paralimpiad Ke-14 mula dirasai sejak minggu lalu apabila larian obor sempena temasya sukan dwi-tahunan itu diadakan di sekitar Lembah Klang.


SUKAN Paralimpiad Malaysia Ke-14 yang bermula hari ini akan menjadi medan bagi mencungkil bakat baru untuk diketengahkan pada kejohanan sukan untuk atlet kurang upaya (OKU) di peringkat antarabangsa.Lebih menarik, kejohanan yang akan dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini turut disertai oleh atlet yang pernah mewakili negara di sukan antarabangsa.

Apa yang lebih penting, temasya yang bermula hari ini hingga 9 Mei itu, diharap dapat meningkatkan kesedaran umum tentang perjuangan gigih atlet paralimpik negara.

Temasya kali ini juga penting untuk persediaan atlet dalam menghadapi Sukan Paralimpik di Beijing.

Pengurus Komunikasi Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Ahmad Effendi Abdullah berkata, temasya itu akan mempertandingkan 14 jenis sukan.

Beliau menjelaskan, ia termasuk olahraga, renang, boling, tenis berkerusi roda, boling padang, bola sepak, catur, bola keranjang berkerusi roda, goalball, perahu layar, badminton, boccia, powerlifting dan ping pong.

Katanya, ia dibahagikan kepada enam kategori iaitu cacat anggota, cacat penglihatan, spastik, terencat akal, cacat pendengaran dan kerdil.

"Paralimpiad kali ini akan disertai 1,892 atlet dan pegawai dari 13 negeri, termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

"Mereka akan ditempatkan di perkampungan sukan di Kolej ke-10 dan ke-11 Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang," katanya.

Tambahnya, beberapa venue sekitar Lembah Klang akan digunakan sebagai venue utama temasya sukan ini.

Sementara acara perahu layar akan dilangsungkan di Admiral Marina & Leisure Club, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Venue lain ialah Stadium Nasional Bukit Jalil (olahraga), Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil (renang), Endah Parade Megalanes (boling), Pusat Tenis Nasional Jalan Duta (tenis berkerusi roda), Pusat Boling Padang Nasional Bukit Kiara (boling padang), Stadium Juara Bukit Kiara (badminton dan boccia), UPM (powerlifting, ping-pong, bola sepak, catur dan bola keranjang berkerusi roda) dan Pusat Latihan Pemulihan dan Perindustrian Bangi (goalball).

"Pada majlis perasmian sukan dwi tahunan kali ini, satu konsert khas akan diadakan di Stadium Nasional malam ini yang melibatkan artis tempatan dan luar negara.

"Antaranya, penyanyi Malaysia yang mencipta nama di Hong Kong dan Taiwan, Rynn Lim, kumpulan The Lima, Amuk, Phoebe Yap, MK, Cheng Lee, Will Ng, Revalthy, Nimmy dan Sitharthan,'' katanya.

Tambah Effendi, beliau berharap orang ramai dapat meluangkan masa untuk menyaksikan aksi atlet kurang upaya di venue acara berlangsung.

"Kehadiran penonton amat besar maknanya di hati atlet kurang upaya dan MPM berharap kejohanan kali ini mendapat sambutan,'' katanya.

Fakta:

lSebanyak 12 atlet yang telah melayakkan diri ke Paralimpik Beijing akan menyertai Paralimpiad Ke-14.

lSebanyak 2,087 pingat ditawarkan pada kejohanan kali ini serta tiga trofi cabaran iaitu Jaguh Negeri, Piala Semangat OKU dan Piala GPN2010.

lWang tunai sehingga RM3,000 akan diberikan sebagai insentif kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod peringkat Paralimpik, Fespic, Para Asean dan rekod kejohanan.

lTemasya sukan kali ini turut dijayakan oleh 800 sukarelawan yang terdiri daripada pelajar IPTA/IPTS.

lSukan perahu layar akhirnya menjadi salah satu daripada 14 acara sukan pada Paralimpiad kali ini setelah ia menjadi acara demonstrasi pada Paralimpiad 2006.

lParalimpiad sebelum ini dikenali Sukan Kebangsaan Bagi Orang Cacat Anggota Malaysia.

lSejak diperkenalkan pada 1982, Paralimpiad telah melahirkan ramai atlet sukan orang kurang upaya antaranya Razali Jaafar dalam acara badminton sehingga ke peringkat Asean Para Games.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.