saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 04/05/2008

Perkhidmatan kereta api ke selatan dijangka pulih 3 pagi esok

04/05/2008 3:19pm

SEREMBAN 4 Mei — Perkhidmatan antara bandar kereta api Tanah Melayu (KTM) bagi sektor selatan dan pantai timur dijangka pulih pada pukul 3 pagi esok.

Pengurus Komunikasi Korporat KTM Shahriza Embi berkata kerja-kerja mengeluar dan mengalihkan gerabak kereta api penumpang Ekspres Rakyat yang tergelincir di km465 antara Seremban dan Rembau berhampiran Kampung Baru Rahang di sini, semalam, sedang dijalankan.

"Dua kren dari depot Gemas dan Falim, Ipoh digunakan untuk kerja-kerja itu.

Gerabak yang dikeluarkan akan ditarik ke stesen Seremban,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Insiden pada kira-kira 3.45 petang semalam menyebabkan perkhidmatan antara bandar KTM bagi sektor selatan dan pantai timur mengalami gangguan.

Dalam kejadian itu, seorang pemandu lokomotif, Yahya Osman, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah manakala sembilan mangsa yang cedera ringan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Tuanku Ja’afar di sini dan seorang daripadanya dimasukkan ke wad.

Ketika kejadian, kereta api dengan lapan gerabak membawa 258 penumpang itu dalam perjalanan dari Butterworth, Pulau Pinang menuju Singapura.

— BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.