saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 05/05/2008

Paralimpiad di negeri hos Sukma

KUALA LUMPUR - Rancangan Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa Sukan Paralimpiad ke negeri yang menjadi hos Sukan Malaysia (Sukma) adalah untuk mengubah persepsi masyarakat tentang kebolehan dan kemampuan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam acara sukan, lapor FERZALFIE FAUZI

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, gambaran serta persepsi orang ramai perlu diubah dengan segera terhadap penyertaan OKU dalam sukan. Justeru katanya, jalan yang terbaik ialah meletakkan mereka sama taraf dengan atlet yang bertanding di Sukma.

''Sukan Paralimpiad juga sama penting dengan sukan besar lain yang dianjurkan di dalam negara ini. sebelum ini masyarakat tidak memberi perhatian mengenai kejohanan ini," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Sukan Paralimpiad ke-14 kelmarin.

Jelasnya, penganjuran Sukan Paralimpiad di Melaka pada tahun 2010 nanti diharap mampu mengubah persepsi masyarakat terutama sekali buat golongan muda.

''Selain dari mengubah persepsi masyarakat penganjuran Sukan Paralimpiad di negeri yang menganjurkan Sukma juga boleh meningkatkan lagi kemudahan sukan untuk atlet OKU di negeri tersebut.

''Selepas selesai Sukma, tiba giliran penganjuran Sukan Paralimpiad pula dan negeri tersebut mestilah mempunyai kelengkapan yang mesra OKU," kata Ismail.

Ujarnya, penganjuran sukan untuk atlet OKU di tempat yang sama untuk atlet normal sudah berlangsung dengan meluas di kejohanan antarabangsa misalnya selepas sahaja Sukan Olimpik tamat akan berlangsung pula Sukan Paralimpik begitu juga dengan Sukan Para ASEAN diadakan selepas Sukan SEA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.