saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 05/05/2008

Gaji minimum: Kerajaan boleh bankrap - Nik Aziz

SHAH ALAM 4 Mei - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, cadangan gaji minimum RM900 kepada pekerja oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hanya boleh dipenuhi sekiranya kerajaan benar-benar berkemampuan berbuat demikian.

Walaupun enggan mengulas sama ada jumlah tersebut wajar bagi gaji pekerja, beliau khuatir kerajaan terpaksa menanggung beban sehingga menjejaskan ekonomi negara jika tuntutan itu dipenuhi.

"Saya tidak mahu campur dalam soal teknikal sebegini.

"Gaji pekerja pandai-pandailah kita beri secara adil.

"Kalau wang kita sikit, nak buat macam mana, bankrap kita nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Perhimpunan Pekerja dan Wacana Kebangsaan Ketiga di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tuntutan MTUC berhubung gaji minimum RM900 bagi pekerja.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa tuntutan tersebut tidak dapat dilaksanakan kerajaan pada masa ini walaupun MTUC mengugut untuk mengadakan demonstrasi di depan bangunan Parlimen, Rabu ini.

Menurut Nik Aziz, golongan pekerja seharusnya tidak hanya mementingkan diri masing-masing tetapi mengambil kira juga aspek lain.

Apa yang penting, jelas beliau, mereka perlu menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh majikan.

Katanya, sebarang masalah di kalangan pekerja berpunca sikap manusia yang mengenepikan syariat Islam.

Nik Aziz memberikan contoh bagaimana beliau mengatasi masalah fakir miskin di Kelantan, iaitu rasa tanggungjawab yang amat sangat sebagai hamba Allah.

"Saya di Kelantan, saya selesaikan masalah rakyat tak berkeupayaan bukan kerana takut kepada sesiapa, tapi kerana saya hamba Allah dan tanggungjawab saya selaku ketua negeri," ujarnya.

Pada majlis itu, Nik Aziz menerima resolusi yang telah dipersetujui dalam perhimpunan tersebut daripada Pengerusi Biro Pekerja dan Peneroka Bandar Pas Pusat, Mohd. Anuar Tahir.

Resolusi berkenaan juga akan diserahkan kepada pemimpin empat negeri lain di bawah Pakatan Rakyat iaitu Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.