saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/05/2008

Kerajaan kaji beri hak milik sementara tanah untuk aktiviti pertanian

06/05/2008 3:23pm

PUTRAJAYA 6 Mei Kerajaan sedang mengkaji cadangan untuk memberikan hak milik sementara (TOL) kepada mereka yang ingin menjalankan aktiviti pertanian di tanah terbiar kerajaan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini berkata, cadangan itu dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sejajar dengan usaha bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara.

Bagaimanapun, pelaksanaannya akan mengambil sedikit masa memandang soal tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang 2007 Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Beliau yang juga pengerusi bersama Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (Pemudah) berkata, Pemudah sedang meneliti perkara itu.

Bagi mereka yang sudah mempunyai tanah tetapi terbiar adalah digalakkan untuk membudayakan aktiviti pertanian memandangkan dunia kini mengalami krisis makanan, katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.