saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/05/2008

Penulis mengaku tidak bersalah terbit kata hasutan melalui komen dalam laman web

06/05/2008 5:57pm

KUALA LUMPUR 6 Mei — Seorang ahli perniagaan yang juga penulis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan menerbitkan kata-kata berunsur hasutan melalui komen terhadap satu artikel dalam laman web Malaysia Today.

Kata-kata berunsur hasutan bertajuk ’IT IS EASY TO IMPRESS THE MALAYS’ adalah komen terhadap artikel diterbitkan pengendali dan editor laman web Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin bertajuk ’03/06:Malaysia’s Organised Crime Syndicate:all roads lead to Putrajaya’.

Syed Akbar Ali, 48, yang kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah, didakwa melakukan kesalahan itu di Zeenath Begum Jewellers Sdn Bhd, No 2007, Jalan Masjid India, di sini, pada pukul 2.59 petang 5 Jun, 2007.

Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)© Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang ama.

Jika sabit kesalahan bagi kesalahan pertama, beliau boleh didenda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya. -Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.