saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/05/2008

'Tidak baiklah macam ini' - Khir

SHAH ALAM 6 Mei - Keputusan kerajaan negeri tidak menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 8 Mac lalu merupakan pembohongan pertama yang dilakukan kepada rakyat Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, selepas ini rakyat Selangor pasti akan te- rus menerima pembohongan demi pembohongan daripada kerajaan negeri yang tidak menepati janji.

Sehubungan itu, Mohamad Khir yang juga Ketua Pembangkang Selangor berharap agar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memikirkan semula bagaimana untuk memenuhi janji-janji yang dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas semasa mahu memenangi undi pilihan raya.

''Tak baiklah macam ini... Semasa nak dapat kuasa janji macam-macam... Bila dah dapat tak ditunaikan... Macam dah habis madu sepah dibuang," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang itu ketika dihubungi di sini.

Semalam Abdul Khalid mengumumkan yang kerajaan negeri tidak akan menurunkan cukai taksiran sebanyak 20 peratus kepada rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Kata Abdul Khalid, keputusan itu dibuat kerana keadaan ekonomi Selangor ketika ini masih belum mencapai tahap memuaskan bagi membolehkan janji itu dilaksanakan selain bimbang ia akan menambah beban dan mengurangkan hasil kerajaan negeri.

Sementara itu, Naib Presiden Gerakan Selangor, Datuk Dr. Lim Thuang Seng pula berkata, kerajaan negeri yang baru kini dalam proses menghadapi realiti sebagai pemerintah dan mula memahami bukan mudah untuk menunaikan janji-janji yang dibuat.

Beliau berkata, jika dulu mereka berjanji macam-macam seperti mahu turunkan cukai taksiran dan harga minyak kini mereka secara tidak sedar menjadikan kesemua itu hanya gimik politik me- reka sendiri.

"Bukan mudah nak menunaikan janji bila dah alami keadaan sebenar sebab itu dulu kerajaan Barisan Nasional (BN) tak buat janji macam mereka,'' jelas beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.