saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/05/2008

Kerajaan tidak halang piket aman, ikut syarat

KUALA LUMPUR 6 Mei - Kerajaan tidak pernah menghalang kesatuan sekerja termasuk Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengadakan perhimpunan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam, bagaimanapun berkata, sesebuah kesatuan perlu memastikan perhimpunan yang dianjur itu tidak mengganggu ketenteraman awam dan diadakan secara aman.

Selain itu, tambahnya, kesatuan sekerja juga perlu memastikan perhimpunan diadakan di luar kawasan tempat bekerja dan lebih penting, ia perlu diadakan selepas habis waktu kerja.

''Kesatuan perlu mematuhi syarat-syarat itu terlebih dahulu sebelum mengadakan perhimpunan bagi memastikan produktiviti tidak terganggu.

''Adalah tidak benar dakwaan segelintir pihak bahawa kerajaan tidak benarkan piket (perhimpunan). Kita benarkan mereka piket tetapi perlu ada syarat-syarat tertentu kenapa mahu mengadakan piket.

''Kerajaan sentiasa sokong pergerakan sesebuah kesatuan sekerja itu tetapi pada masa yang sama, mereka juga perlu bekerjasama dengan majikan bagi meningkatkan produktiviti untuk kebaikan golongan pekerja juga," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas hasrat MTUC untuk mengadakan perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen esok, berikutan pelaksanaan gaji minimum RM900 ditolak oleh kerajaan.

Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamud berkata, perhimpunan yang akan diadakan secara aman itu untuk menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan.

Menurut Subramaniam, beliau tidak dapat menemui kepimpinan tertinggi MTUC di Parlimen esok kerana terpaksa menghadiri Persidangan Menteri Sumber Manusia ASEAN di Bangkok.

''Saya akan ke Bangkok esok dan telah meminta Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad berjumpa MTUC," ujarnya.

Menurut Subramaniam, kementerian tidak pernah menutup pintu kepada mana-mana kesatuan untuk mengemukakan masalah mereka kepada kerajaan.

''Mereka boleh jumpa dan mengadakan dialog dengan kita. Kita sentiasa bersedia mendengar masalah mereka.

''Saya harap mereka tidak mengadakan piket atau bantahan. Kalau kesatuan sekerja ingin meneruskan juga piket mereka, maka kita tidak boleh halang mereka," ujarnya.

Sementara itu, Subramaniam berkata, kementerian akan bekerjasama dengan pihak kesatuan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.

Tambahnya, ketika ini, terdapat kira-kira 2.1 juta pekerja asing di negara ini yang bekerja secara sah dan menyasarkan untuk mengurangkan sekurang-kurangnya sehingga 1.6 juta orang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.