saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 08/05/2008

AVP SEA sasar jualan RM47.25j

KUALA LUMPUR 7 Mei - AVP SEA Sdn. Bhd., yang memeterai perjanjian dengan Celframe Solutions untuk mengedarkan rangkaian produk Celframe di Asia Tenggara, menyasarkan jualan suku tahunan lebih ASS$15 juta (RM47.25 juta).

Pengarah Urusannya, Sevaraja Velautham berkata, mereka yakin sasaran itu dapat dicapai berikutan permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian perisian alternatif di rantau ini.

"Dengan menjadikan Malaysia hab pengedaran, kami menyasarkan jualan suku tahunan lebih AS$15 juta dalam lingkungan rantau ini," katanya kepada pemberita selepas memeterai perjanjian di sini, hari ini.

AVP SEA, rakan kongsi Malaysia bagi Kaspersky Lab dari Russia dan Cyberoam dari AS, mengedarkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan syarikat-syarikat tersebut.

Firma itu menawarkan, antara lainnya, runding cara keselamatan maklumat, produk dan perkhidmatan untuk melindungi persekitaran perkomputeran daripada serangan, penyalahgunaan dan pelanggaran polisi keselamatan.

Sevaraja berkata, di bawah perjanjian pengedaran, firma itu akan mengedar rangkaian menyeluruh set produk Celframe termasuk Celframe Office 2008, Celframe Business Solutions dan Celframe Transcarta.

"AVP SEA akan menjadi pengedar tunggal Celframe, bersama dengan sokongan dan perkhidmatan teknikal berkaitan di Asia Tenggara," katanya.

Presiden Celframe Solutions, Arun Pudur berkata, penyelesaian baru itu akan menyediakan alternatif lebih murah kepada pengguna untuk membantu memerangi cetak rompak perisian serta membantu mereka mengurangkan kos teknologi maklumat.

"Sebagai contoh, Celframe Office kami mempunyai penampilan dan ciri seperti Microsoft Office, tetapi dengan kos hampir 80 peratus lebih murah," katanya.

Beliau berkata, Celframe Office akan membolehkan masa pemasang hanya mengambil 20 megabait (MB) berbanding Microsoft Office lebih 600MB dan ia mengambil ruang cakera 55MB berbanding Microsoft Office lebih 400MB.

"Ini bermakna Celframe Office memuat lebih pantas berbanding Microsoft Office kerana pemasang dan ruang cakera lebih kecil dari segi megabait," katanya.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.