saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/05/2008

Amaran awal jika DAP berkuasa - Dr. M

PUTRAJAYA 7 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, konflik yang timbul ekoran tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan keputusan Sultan Perak mengenai isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam negeri itu (JAIP) merupakan gambaran masa depan tentang negara ini jika pembangkang menang dengan lebih besar.

Bekas Perdana Menteri memberi amaran konflik membabitkan perundangan seumpama itu akan lebih kerap tercetus sekiranya DAP semakin mempunyai kuasa.

"Sekarang mereka boleh kata nak pergi ke mahkamah di mana mereka boleh mengemukakan hujah dari segi undang-undang.

"Apa yang saya lihat sekarang orang tidak mampu lagi untuk mempertahankan bagi pihak kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada majlis siri wacana Perdana bertajuk Kedaulatan Negara di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas konflik yang ditimbulkan oleh Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor apabila mempertikaikan tindakan Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan penukaran Pengarah JAIP, Datuk Jamry Sury yang disifatkan sebagai campur tangan istana dalam pentadbiran negeri.

Menurut Dr. Mahathir, keadaan pada masa sekarang menunjukkan tidak ada pihak yang mampu memberikan tindak balas ke atas tindakan Karpal.

"Adakah anda mahu Karpal ditangkap dan dibawa ke dalam kenderaan polis sama seperti Raja Petra. Jika itu yang anda lakukan, maka seluruh dunia akan menyaksikan gambar Karpal dibawa dalam kenderaan polis.

"Saya fikir jika itu yang berlaku ia akan memberikan impak yang teruk kepada negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.