saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 09/05/2008

Graduan tidak kesal ceburi ternak ikan keli


YUNUS Rahmat melihat Engku Nuzul Liza Engku A. Rahman memberi makan ikan keli ketika membuat lawatan kerja di Nuzul Clarich Enterprise di Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.


PORT DICKSON 8 Mei - Jika kebanyakan graduan institut pengajian tinggi lebih gemar memilih kerjaya mengikut kelulusan atau setidak-tidaknya bekerja di pejabat yang berhawa dingin, namun Engku Nuzul Liza Engku A. Rahman, 25, mempunyai pendirian berbeza.

Graduan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) Politeknik Port Dickson itu memilih untuk memulakan ternakan ikan air tawar di Kampung Sungai Sunggala di sini sejak setahun yang lepas.

Menurut Engku Nuzul, beliau tidak menyesal walaupun bidang yang diceburinya itu jauh berbeza daripada pendidikan akademik yang diperoleh.

"Bergelar usahawan adalah satu cabaran untuk saya, selain itu saya tidak suka bekerja secara rutin iaitu mengikut jadual di pejabat.

"Lagipun saya cuma ingin menyahut hasrat kerajaan yang kini ingin melihat lebih banyak golongan belia terutama graduan menjalankan projek pertanian dan berdikari," katanya ketika dikunjungi oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Yunus Rahmat di sini kelmarin.

Tambah Engku Nuzul, pada masa ini syarikatnya, Nuzul Clarich Enterprise menternak 30,000 ekor ikan dalam 15 buah kolam melibatkan modal sebanyak RM190,000.

"Sehingga kini kolam-kolam tersebut mampu mengeluarkan hasil lima tan metrik sebulan dan berharap dapat meningkatkan hasil tersebut dalam masa yang terdekat," katanya.

Ujar beliau, selain membekalkan ikan keli segar, syarikatnya juga mengeluarkan ikan keli salai sebagai langkah untuk mempelbagaikan produknya.

"Saya berharap untuk mempergunakan segala pengetahuan yang ditimba daripada jabatan perikanan sebelum ini secepat mungkin demi merealisasikan impian bergelar usahawan tani berjaya di peringkat tempatan dan antarabangsa," tambahnya.

Perancangan masa depan, kata beliau, adalah mengusahakan pembiakan anak benih, menghasilkan produk sampingan seperti bebola ikan, keropok lekor dan cip ikan.

Pada masa yang sama, Yunus ketika ditemu bual memberitahu bahawa kerajaan negeri senantiasa menggalakkan golongan belia terutama graduan universiti untuk menceburi bidang pertanian yang turut menjanjikan pulangan pendapatan lumayan.

"Pihak kerajaan memperuntukkan pelbagai bantuan termasuk pinjaman kewangan dan geran serta latihan berkaitan untuk membantu mereka yang berminat menceburi bidang tersebut. Para belia seharusnya merebut peluang ini sebaik mungkin.

"Pada masa yang sama usahawan tersebut perlu lebih kreatif dan melihat peluang baru untuk diterokai memandangkan bidang pertanian kini menjadi tumpuan kerajaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:18
Asar 4:44
Maghrib 7:27
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.