saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/05/2008

Sudah 9 laporan polis dibuat terhadap Karpal

09/05/2008 5:59pm

KUALA LUMPUR 9 Mei — Polis setakat ini telah menerima sembilan laporan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung kenyataannya yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri khususnya isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sofian Md Yasin berkata, dua daripada laporan itu dibuat di Sentul, dua lagi di Brickfields manakala masing-masing satu di Dang Wangi, Tapah, Port Dickson, Muar dan Pulau Pinang.

Beliau menjelaskan semua laporan itu disalurkan kepada IPD Sentul memandangkan kenyataan yang dibuat oleh Karpal adalah dalam bidang kawasan polis Sentul.

“Polis akan teliti semua laporan yang diterima dan jika perlu tindakan akan diambil mengikut undang-undang yang sesuai,” katanya.

Daripada dua laporan yang dibuat di Sentul, satu adalah oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam dan satu lagi oleh Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Tajudin Ahmad hari ini.

Bercakap kepada pemberita, Tajudin berkata, isu itu perlu ditangani segera kerana jika berterusan, Institusi Raja Berpelembagaan akan tercemar dan ini akan mengakibatkan negara menjadi huru-hara.

Di Pulau Pinang, Setiausaha Pemuda UMNO Pulau Pinang, Ramlan Ishak, yang membuat laporan di Balai Polis Jelutong hari ini berkata, kenyataan Karpal itu telah menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

Minggu lepas, Sultan Perak menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin melantik semula Jamry selepas beliau ditukarkan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan selaku Ketua Agama Islam negeri.

Karpal telah mempertikaikan kuasa Sultan yang mengeluarkan arahan itu.

Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan pula berkata, Karpal tidak harus didakwa mengikut Akta Hasutan kerana Pengerusi DAP itu sekadar menggunakan hak kebebasan bersuara. — BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.